terkini dan sensasi

Selasa, 11 September 2018

Ketagih menulis setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)

Dari pagi sampai ke petang dan kadang bawak ke malam otak kosong je, takde idea langsung yang muncul. Tapi rasa ketagih nak menulis tu membuatkan otak ligat jugak fikir apa yang nak dicoretkan dalam blog ni, tangan pun gatal je nak menaip. 

Haaa gitulah seorang Mas ni, tak boleh satu hari pun blognya dibiarkan sepi. Sejak dari Januari Mas berjaya menulis setiap hari walaupun ada jugak 1-2 hari yang tak update, jadi mungkin sebab itulah semangat tu sentiasa ada. Kalau takde entri untuk hari tu rasa tak lengkap je, macam ada yang tak kena. Fikir punya fikir rupanya blog belum update, haaa terus capai handphone dan otak ligat fikir idea.


Mungkin orang rasa Mas buang masa je, sebab dok tulis kisah peribadi je. Kalau tulis entri kerja berbaloi jugak, boleh dapat hasil darinya. Haaa biarlah orang nak fikir gitu, janji Mas dapat kepuasan menulis. Dapat kongsi cerita dan kisah yang baik² je, walaupun hanya kisah anak² dan kehidupan seharian Mas. Mungkin ada orang baca hanya entri biasa tapi mana tahu ada yang dapat sedikit manfaat darinya.

Pastu dengan update setiap hari tu Mas boleh dapat kepercayaan client, mana tahu mereka nak bekerjasama sebab tengok Mas rajin menulis. Dari situ mereka tahu blog Mas sentiasa ada pembaca setiap hari, jadi kalau tulis entri memgenai servis atau produk mereka mungkin bermanfaat. Mas takdelah harap dapat job dari client yang hebat², cukuplah sekadar yang setimpal dengan blog Mas. Ada rezeki sikit² pun Mas dah syukur.

Jadi atas sebab² yang dinyatakan itulah Mas tetap nak update jugak blog ni. Tapi yang utamanya ianya berikan kepuasan pada Mas, rezeki darinya Mas anggap satu bonus atas kerajinan Mas tu. Haaa berbaloi kan fikir idea nak tulis apa!

4 ulasan:

  1. inshaAllah, semoga dipermudahkan

    BalasPadam
  2. betul kak...saya pun baru nak berjinak balik dapatkan rentak ni..dua tahun kot saya tinggal lama dulu...bila da start balik, rasa takk best kalo sehari tu takde entri langsung

    BalasPadam
  3. kan, ada masa dengan takde masa je nak update sekarang ni

    BalasPadam
  4. hehe orang yang tak faham minat kita cem mana menang ada je benda nak kondem. biarkan mereka.. kipidap kak =D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com