terkini dan sensasi

Sabtu, 15 September 2018

Menjejaki bunga Sakura Malaysia!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni tak pernah ambik kisah pun pasal bunga ni, dan masa tu jugak tak tahu pun orang panggil ia Sakura Malaysia. Kadang nampak je pokok tu berbunga tapi takdelah terasa nak ambik gambar pun, anggap macam pokok bunga biasa je.


Sekali bila dah viral pasal bunga ni, yang dikenali sebagai Bunga Tecoma barulah Mas tahu rupanya ia dipanggil Sakura Malaysia. Bunganya yang berwarna merah jambu seakan² bunga sakura tu memang cantik bila bunganya memenuhi pokok. Hanya nampak warna merah jambu je, dan ia akan gugur bertaburan dibawah pokok. Sekali tengok memang cantik sangat, rasa macam tengok bunga sakura kat Jepun tulah. 

Jadi hari ni misi menjejaki Sakura Malaysia ni, sekarang tengah musim bunga ni mabuk berbunga di serata tempat. Kami ke Putrajaya sebab kat sana memang banyak pokoknya, lokasi yang kami pergi ialah di Presint 3 berdekatan dengan tapak pasar malam Putrajaya. 



Sampai je kat situ terus cakap, "Wahhh cantiknya, rasa macam kat luar negara pulak!" Kami pun apa lagi terus pasang tripod dan rakamkan gambar sepuas hati, macam² aksilah. Terus feeling rasa macam kat Jepun, hehehee berangan tu percuma kan? Tak dapat pergi Jepun pegang dan tengok Sakura sebenar kita tengok yang Malaysia pun boleh.

Haaa kalau korang nak buat photoshoot pergilah kat Putrajaya tu, memang cantik sangat. Dari jauh dah nampak warna merah jambu tu, tak puas mata memandang. Kami ni bergambar guna kamera handphone pun dah puashati, misi berjaya!







Seronok betul, habis basah² tangan dok main baling² bunga tu. Nak berangan macam hindustan lah konon, hehehee!







4 ulasan:

  1. Rasa nak tanam pokok ni depan rumah.. Bila berbunga nanti tentu cantik..

    BalasPadam
  2. cantik.. serentak semua pokok2 ni kluarkan munga. kalau kat Nibong Tebal ni ade warna putih jugak. skejap je kan dalam sminggu lepas tu xde da munge..

    BalasPadam
  3. Dekat Kedah kadang ada juga..hehee..

    BalasPadam
  4. jangan main2 dengan Malaysia tau..bunga sakura pun dah ada..heee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com