Assalamualaikum...(^ ^)
11 bulan dah Aiyra, 2/10/18 nanti dah setahun. Haihhh memang sekejap je masa berlalu, tak puas rasa tengok dia masa baby. Dok minum susu dan tidur je, sekarang kemain lasaknya. Rata tempat dalam rumah tu dia nak jelajah, jangan haraplah nak halang nanti ngamuk sakan dia!
Usia 11 bulan ni dia dah pandai berdiri sendiri dan melangkah 2-3 tapak, cuma belum laju lagi. Mas tengok dia macam malas je nak melangkah tu, bukannya tak berani. Kalau rajin laju dah tu, silap² dah boleh berlari. Takpelah biar dia pandai ikut kemampuan dia, Mas tak nak paksa. Nanti dah laju kang, mama pulak tak larat nak kejar. Hehehee masa tu mesti lagi rindu waktu dia masih baby kan?
Tumbesaran dia pulak alhamdulillah mengikut umur, dan dia pun sihat. Gigi dah hampir 6 batang, atas 4 batang dan bawah 2 batang. Dia dah pandai gunakan gigi tu untuk gigit makanan, gigit orang pun pandai. Pastu sejak ada gigi ni, pantang tengok makanan. Apa yang orang makan semua dia nak, tak bagi siaplah mengamuk sakan. Padahal nak kunyah makanan tu bukan dia reti lagi, gigi geraham belum ada. Tapi tetap nak jugak, jadi Mas kena kunyah bagi hancur baru suap kat dia.
Bab makan pulak Aiyra memang tak memilih, buat je bubur apa saja dia akan makan sampai habis. Memang suka makan sebab tu pantang nampak makanan! Bubur tu Mas masih kisar kasar sebab dia tak pandai mengunyah lagi. Susu pulak masih susu Mas, walaupun susu dah tak banyak tapi masih bolehlah bekal ke taska. Cuma agak struggle lah mengepam, harap sempatlah sampai dia umur setahun jadilah. Bukan tak mampu tapi kalau Allah dah tetap rezeki setakat tu, Mas redha!
Moga membesar dan terus membesar dengan sihat ye anak!
Comel AIyra.. Dah nak setahun. Kejap je kan. Semoga Aiyra membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah
BalasPadammakin comeiii
BalasPadam