terkini dan sensasi

Rabu, 5 September 2018

Promosi Traveloka Sale-abration 2018 dan Matta Fair 2018 kembali!

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy dah hujung tahun, masa untuk melancong dan bercuti!

Haaa siapa kaki melancong sini, sila angkat tangan! Mas pun suka melancong ni, kalau boleh setahun sekali mesti nak pergi. Walaupun hanya mampu dalam Malaysia tapi janji dapat jalan-jalan, itu dah seronok dah! Pastu biasanya kalau nak bercuti Mas akan buat perancangan awal, Mas akan tengok mana-mana promosi yang menarik dan yang penting promosi tu berbaloi untuk wang ringgit yang Mas belanjakan. Siapa yang suka tempah hotel dan beli tiket waktu promosi kan, masa itulah kita boleh jimat banyak.


Ni Mas nak bagi tips sikit untuk korang yang suka jalan-jalan, bercuti, makan angin, holiday dan sebagainya, korang kena rajin tengok promosi yang ada. Pastu kena sentiasa alert dengan promosi yang dijalankan, lagi-lagi promosi tiket penerbangan. Boleh dapat separuh harga tau, kadang tu diskaun pun berbaloi sangat. Banyak kita boleh jimat, haaa sebab itulah sebelum nak rancang cuti tu tengoklah promosi yang ada!

Jadi untuk hujung tahun ni sekali lagi Matta Fair 2018 kembali, wahhh ini memang ditunggu-tunggu oleh kaki-kaki travel. Kalau korang yang pernah ke Matta Fair pasti tau kan banyak promosi menarik untuk melancong ni, mesti rambang mata mana satu nak pilih. Macam Mas memang tak pernah lagi jejak kaki ke Matta Fair ni, jadi tahun ni teringin jugak nak pergi. Dah tanda dalam kalendar dah tarikh 7-9 September 2018, hehehee supaya tak lupa. Lagi pun Mas memang ada perancangan nak pergi bercuti tahun depan, jadi inilah masanya nak rembat promosi yang kaw-kaw ni!


Tapi kalau korang tak berpeluang ke Matta Fair jangan risau Traveloka Sale ada, Korang boleh tempah je hotel dan tiket penerbangan kat Traveloka, sebabnya promosi menarik Traveloka Sale-abration 2018 dah kembali tau! Haaa tak payahlah nak bersesak-sesak, hanya di hujung jari je korang akan nikmati promosi berbaloi yang sama seperti Matta Fair 2018. Uiishhh rugi kalau tak ambik peluang ni, setahun sekali je ada. Mas pun lagi suka buat tempahan secara online ni, mudah dan jimat masa. Lagi-lagi kat Traveloka Sale, macam-macam diskaun ada!

Apa yang menarik mengenai promosi Traveloka Sale-abration 2018 ni, itu korang kena baca sampai habislah. Kalau tak baca memang rugi besar sangat, korang terlepas tawaran terbaik untuk pakej perlancongan tahun ini. Banyak boleh jimat tau!

Kempen Traveloka Sale-abration 2018
1. Menawarkan kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Haaa kalau nak diskaun ni cepat-cepat ke web Traveloka dan beli segera tanpa fikir panjang!

2. Menawarkan kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan terlibat. Yang ni korang boleh tempah sekarang untuk penerbangan bila-bila masa je dan ke mana saja destinasi pilihan. Takde booking fee tau, diulangi sekali lagi No Booking Fee. Berbaloi sangat ni, haihhh rugi kalau tak grab!

3. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan, tertakluk pada terma dan syarat. Fuhhh ada diskaun lagi tu, tak tertarik lagi tak tahu nak cakap apa dah, Mas yang baca ni pun dah teruja! Terus rasa sekarang jugak nak tengok tiket penerbangan ke destinasi percutian akan datang, haishhh tak sabarlah!

4. Tempoh perjalanan ialah bila-bila masa. Haaa ini yang menarik tempah kat Traveloka ni, korang boleh rancang percutian sebaiknya sebab boleh tempah tiket awal untuk bila-bila sahaja tarikh yang korang suka. Jadi nak melancong tahun depan pun takpe, janji tempah sekarang tau!

5. Promosi ini hanya sah dari 4 September 2018 hingga 10 September 2018, jadi kena cepat² nanti melepas. Tanda terus kat kalendar korang tu supaya tak lupa, jangan nanti dah habis promosi baru sibuk nak tempah. Masa tu Mas pun tak dapat nak tolong dah!


Ok dah baca kan, jadi jangan teragak-agak nak pilih Traveloka sebab ia adalah sebuah laman web travel dengan kemudahan menyeluruh terbaik, harga terbaik dan harga jujur. Di Traveloka korang bukan sahaja boleh menempah hotel tapi boleh jugak tempah tiket penerbangan untuk mana-mana destinasi pilihan. Bukan dalam Malaysia sahaja, luar negara pun ada senarai hotel-hotel yang boleh korang pilih. Pastu harga yang ditawarkan merupakan harga yang paling kompetitif untuk segala tiket dan hotel di Asia Tenggara. Yang paling menarik tiada caj tersembunyi tau, apa yang korang lihat itulah yang korang bayar.

Fuhhh macam-macam kelebihan Traveloka ni kan, jadi apa lagi cepatlah buat tempahan untuk percutian korang. Nak senang muat turun terus Traveloka App tu atau layari laman web mereka. Ingat tarikh 4 hingga 10 September 2018 untuk Traveloka Sale-abration 2018 tu tau, jangan terlepas pulak nanti korang yang rugi!

Ingat cuti ingat Traveloka!

18 ulasan:

  1. Wahh. .. Menarik ni..!!
    Selalunya promo Traveloka memang best²🎉🎉

    BalasPadam
  2. Dah install app traveloka ni . Syok betul cuci mata. Hope dapat travel ke salah satu tempat yang ada dalam promosi tu

    BalasPadam
  3. harga jujur eh? hehehe.. bagus ah traveloka nih..

    BalasPadam
  4. Masa yang tepat untuk dapat tiket murah pergi travel... wajib booking

    BalasPadam
  5. Lama dah jugak tak bercuti ni .. syoknya promosi

    BalasPadam
  6. Apa tunggu lagi jom tempah sekarang .. harga pon blh tahan murah dah tu .. jom kita bercuti

    BalasPadam
  7. bagusla traveloka ni..ade je promosi dia erk

    BalasPadam
  8. btul tu. senang pakai traveloka je. apa2 lisa rjuk kt situ je

    BalasPadam
  9. Singapore tempat yang sesuai untuk orang yang baru nak jadi kaki travel, tambah tambah ada promo code plak dari Traveloka, terbaik!!

    BalasPadam
  10. promosi sempena matta fair erk ... takut nak tgk.. takut terbeli hahha

    BalasPadam
  11. Macam-macam promosi ada dekat Traveloka ni.

    BalasPadam
  12. takde booking fee! yeah boleh tengok traveloka nnati

    BalasPadam
  13. Seronoknya!!! Nak carilah promosi ini.

    BalasPadam
  14. Mmg mudah da berbaloi dgn traveloka ni,tak sabar nak bercuti hehehhe

    BalasPadam
  15. Mujurlah kali ni Matta Fair ada di Aeon Big Falim, Perak. So boleh la terjah minggu ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com