Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 14 September 2018

Yang penting kena rajin

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada jugak kawan² yang cakap, "Gigih betul kau Mas bawak bekal setiap hari, pukul berapa kau bangun masak!" 


Hehehee nak buat camne, kena lebih berjimat sekarang. Pastu lagi satu tengah amalkan pemakanan sihat, itu yang kena gigih. Dan yang utama bagi Mas kena rajin, kalau setakat niat nak bawak bekal tapi malas memang tak akan jadi. Bangun pukul berapa pun Mas tak kisah sangat, janji Mas ada rasa rajin tu. Kalau bangun awal pun tapi rasa malas je nak masak memang tak akan jadi apa, akhirnya beli jugak.

Pastu Mas ni masak bukanlah yang susah², sampai buat gulai lemak ke pepagi buta tu. Mas tengah diet kan, jadi menu sihatlah. Menu² sihat ni bukan susah nak sediakan, grill dan potong sayur je. ½ jam dah boleh siap bekal untuk sarapan dan makan tengahari, ringkas dan perut pun kenyang. Jadi alasan malas tu dah takde dalam diri Mas, kena rajin demi diet dan jimat!

Lagi satu bila korang rajin masak sendiri dan bawak bekal, satu kepuasan korang akan dapat. Yang pertama sudah tentulah korang boleh berjimat, duit yang guna untuk makan setiap hari di pejabat tu boleh dijadikan simpanan dan bolehlah beli apa yang korang nak. Pastu korang dapat makan makanan yang sihat dan bersih, yelah kita sediakan sendiri kan jadi kita tahu tahap kebersihan makanan tu camne. Penggunaan bahan² pun yang sihat je, takde garam gula dan minyak. 


Macam Mas bila dah rajin sediakan bekal ni, kalau sehari tak buat rasa lain macam je. Walau hari tu terbangun lewat tetap rajin dan gigih sediakan, dapat buat sandwich pun dah cukup. Haaa sebab tu Mas cakap, rajin tu yang utama!

Jom korang amalkan makan sihat dan bawak bekal dari rumah.

2 ulasan:

  1. betul kak...kalau nak amalkan pemakanan sihat, kena rajin prepare makanannya..satu kelebihan bila buat grill ayam or daging, disebabkan kita da perap lama, masa memasaknya jadi sekejap aje..

    BalasPadam
  2. rajinnyeee kak.. tapi yaaah untuk kesihatan kita apa salahnya. kurangkan yang kolestrol gula garam tu nak sihat.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com