Assalamualaikum...(^ ^)
Aman sikit rasa tengok GV5 ni, sebab si penganjur tu kurang enterprem. Dia lebih suka duduk kat kerusi sambil layan persembahan je, takdelah nak tergedik² sana sini. Baguslah camtu kan, sebab penonton nak tengok persembahan artis² bukannya nak tengok merepek ntah apa²!
Persembahan artis pulak masih kurang menyengat minggu kedua ni, hanya 2-3 orang je yang nampak mampu berikan yang terbaik. Yang lain masih tercari rentak dan identiti persembahan, moga minggu² akan datang bertambah baik vokal dan persembahan mereka. Cuma di konsert kedua ni ada penyingkiran, memang tak disangka². Kalau tengok GV terdahulu minggu kedua masih selamat semuanya, minggu ketiga barulah 2 artis disingkirkan.
Tapi GV5 ni seawal minggu kedua dah ada penyingkiran, dan artis yang tersingkir awal adalah Safura. Haaa memang tak dijangka sangat, sebab bagi Mas vokal dia bagus dan dia nyanyikan lagu Diari Biru tu agak bagus jugak. Namun juri dah buat keputusan kan, mungkin bagi mereka Safura kurang bagus. Kalau ikut lagi sesuai Elite yang terkeluar sebab dari minggu pertama hingga ke minggu kedua ni vokal mereka agak tak konsisten, persembahan pun kurang menarik.
Tersingkirnya Safura maka 11 orang lagi artis bakal berentap di konsert ketiga yang bertemakan Lain Macam, iaitu lagu yang diberikan adalah di luar zon selesa mereka. Haaa lagu camnilah yang bakal menguji lagi vokal dan mutu persembahan mereka, mampukah berikan yang terbaik. Inilah senarai lagu yang diberikan pada para peserta:
Noryn Aziz | Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon)
Amelina | Segalanya Pasti (Aida Agil)
Shafie Rio | Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)
Hetty Sarlene | Pawana (Search)
Maya | I Have Nothing (Whitney Houston)
Billy Zulkarnain | Mahakarya Cinta Faizal Tahir
Dia Fadila | Dondang Dendang (Noraniza Idris)
Zamani | This Love (Maroon 5)
Forteen | Suci Dalam Debu (Iklim)
Farawahida | Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)
Elite | Ku Bahagia (Melly Goeslow)
Mencabar jugak kan lagunya, tak sabar nak saksikan persembahan mereka nanti.
ada anugerah persembahan terbaik minggu ke 2?
BalasPadamzamani tetappppp menjadi pujaan ,tak sbar tunggu dia je hehehe
BalasPadamSama la tak sabar nak tengok next show
BalasPadamramai juga artis lama yang masuk.agak-agak siapa bakal juara.
BalasPadammasing masing kurang stamina awal awal ni sebab lama tak nyanyi kan
BalasPadamArtikel yang menarik.
BalasPadamSalam kenal dari blogger Atjeh.
vocal safura dah tak power macam dl, expected jugak dia terkeluar awal :D
BalasPadam