terkini dan sensasi

Isnin, 1 Oktober 2018

Gegar Vaganza 5 : Minggu Pertama

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang peminat rancangan GV, sebab Mas suka cara pihak penganjur mengetengahkan semula bakat² penyanyi lama yang pernah popular suatu masa dulu. Boleh bagi ruang dan peluang pada mereka untuk memajukan diri dalam kerjaya nyanyian, jadi platform Gegar Vaganza memang sesuai. 


Kau tengok mesti kau sokong penaja dia tu! Ehhh tolong sikit ye, walaupun pelbagai kontroversi terpalit kat penaja GV ni Mas apa kisah. Mas bukan nak tengok dia atau nak lariskan produk dia, Mas nak tengok artis² menyanyi. Biarlah dia nak promote barangan dia, Mas bukan beli pun. Masa dia keluar je cepat² Mas tukar siaran lain, dari GV1 dulu memang dah buat camtu. Tak nak semakkan kepala tengok iklan² depa tu. 

Berbalik pada artis² yang bertanding, seperti biasa minggu pertama tiada cabaran sangat. Ia umpama sesi memanaskan vokal je, cari balik rentak dan keserasian suara tu. Dapatlah dengar mereka nyanyikan semula lagu popular mereka suatu masa dulu, fuhhh mengimbau kenangan sungguh. Ada yang suaranya masih mantap iaitu Shafie Rio, umpama rakaman dalam kaset je. Memang mengamit memori betul lagu Layu Di Hujung Mekar yang dia dendangkan tu, maintain camtu je suara. 

Tapi yang paling Mas nantikan ialah nyanyian Zamani, Mas memang minat dia dari zaman dengan Slam lagi. Cakap je lagu dia yang mana, semua Mas suka dan boleh nyanyi. Dulu siap simpan semua koleksi kaset dia, tu yang hafal semua lagu. Semalam dia janjikan lagu Gerimis Mengundang, fuhhh mantap vokal dan buat Mas sebak. Tau sejarah silam dia dan memang rugi dia sia²kan bakatnya dulu, sebab dia penyanyi yang bagus. Moga pentas GV ni boleh kembangkan semula bakat Zamani, cumanya dia kena gemukkan sikit badan tu. Haihhh kurus sangat, macam nak tumbang je bila berdiri. 

#teamzamani

Penyanyi² lain pun bagus jugak, mampu bagi saingan jika terus usaha. Pastu seperti biasa minggu pertama tiada penyingkiran, semua 12 peserta bakal berentap di minggu kedua dengan tema Dalam Diam Aku Mencintaimu. Kali ni para peserta bakal menyanyikan lagu² popular peserta lain, haaa diluar zon selesa mereka tu. Moga semuanya dapat persembahkan yang terbaik, ini senarai lagunya:

Amelina | Kembali Terjalin (Slam)
Zamani | Andai (Dia Fadila)
Shafie Rio | Vida (Phyne Ballerz)
Maya Matahari | Hilangkan Segalanya (Farawahida)
Dia Fadila | Cerita Cinta (Noryn Aziz)
Forteen | Manisnya Senyumanmu (Elite)
Hetty Sarlene | Ah! Rindu Lagi (Amelina)
Farawahida | Rindu Aku Rindu (Hetty Sarlene)
Safura | Diari Biru (Maya Matahari)
Noryn Aziz | Trauma (Elite)
Billy Zulkarnain | Mentari Muncul Lagi (Slam)
Elite | Bulan Cinta (Amelina)

3 ulasan:

  1. mia pun suka zamani... suara dia sedap...

    BalasPadam
  2. team Zamani oooopppppcoz !! hehe tapi suka Billy Zulkarnain jugak. Forteen ehehe..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com