terkini dan sensasi

Rabu, 3 Oktober 2018

Gurauan terlampau!

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam dok kecoh viral pasal kes anak diletak dalam mesin basuh kat kedai dobi tu, dek kerana niat nak bergurau je. Tetapi siapa sangka gurauan itu membawa bahaya pada anaknya, tak pasal² terperangkap dalam mesin basuh tu. Nasiblah tak jadi apa² yang tak diingini, dan nasib jugaklah ramai yang bantu hingga anak tu dapat diselamatkan!

kredit photo majalahpama

Mas tak tahu siapa yang bertanggungjawab dok sumbat budak sekecil tu dalam mesin basuh. Kalaulah mak ayah dia yang buat walaupun hanya niat nak bergurau, memanglah depa ni bangang abadi. Pastu tak kisahlah siapa yang buat tapi fikirlah waras sikit, janganlah bodoh sangat nak bergurau camtu. Aniaya anak yang masih kecil dan bahayakan nyawa dia.

Cuba bayangkan mesin tu berputar ke atau tak boleh buka ke, apalah nasib anak tu. Mau mak ayahnya menyesal tak sudah! Seeloknya fikir dulu baik buruk sebelum gurauan terlampau camtu, tak berikan manfaat pun. Nak bergurau boleh cuma biarlah munasabah dan boleh diterima dek akal, janganlah yang membahayakan. 

Memang geram dan marah bila tengok video yang viral tu, dok fikir kenapalah buat kat anak camtu. Kalau Mas ada kat situ memang laporkan je pada pihak polis, tu dah kira kes aniaya anak. Biar mak ayahnya kena denda ke, tahan lokap ke? Haaa biar mereka rasa serik sikit dan rasa bersalah. Tak pun kalau nak lagi setimpal sumbat je depa jugak dalam mesin basuh tu, biar depa rasa sikit camne perasaan anak tu dok terkurung dalam tu. Haaaaa geram tau!

Haihhh Mas tak boleh hadamlah orang camni, apa dia fikir pun tak tau. Apa pun kita beringatlah dan jadikan kes ini pengajaran, jangan ikutkan nafsu sampai bertindak di luar kewarasan akal. Gurau tu biarlah berpada!

4 ulasan:

  1. SubhanaAllah! Juju pun dah dengar kisah ni di corong radio...minta di jauhkan lah perangai macam ini, semakin mcm2 gurauan pelik2....berpada2 kan...betul ckp kak mas...harap anak2 kita semua di pelihara oleh Allah. Amin

    BalasPadam
  2. Tak tau nak kata apa..
    Cara bergurau mak bapak sekarang ni..
    Esok-esok macam mana plak ntah gurauan yang lain..huhuhu

    BalasPadam
  3. mau je nak sumbat paksaudara dia dalam tu pulak.. geram betul.. tak fikir ke benda mcm ni leh bawak masalah..

    BalasPadam
  4. memang bangang la makpak budak tu, akal tak tau letak dekat mane

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com