terkini dan sensasi

Jumaat, 5 Oktober 2018

Mulakan dengan jaga pemakanan

Assalamualaikum...(^ ^)

"Ehhh Mas aku tengok lambat je kau kurus, padahal kau dah jaga makan dah! Mesti kau malas senaman kan?"


Hahahaa ada je yang tegur camtu, Mas terima jelah. Memang Mas jarang bersenam diet kali ni, kadang seminggu 2-3 kali dan kadang tu tak buat langsung. Bukannya malas tapi kekangan masa dan keadaan tu agak menghalang, kadang balik kerja si Aiyra dah terkam kita dulu. Bila dah melayan dia memang senaman pun ke laut lah, malam pulak kadang sibuk dengan kerja rumah sampai pukul 12 tengah malam. Pastu dah penat dan mengantuk, nak bersenam apa lagi kan?

Jadi hari minggu jelah ada masa, kalau tak kemana² sebelah petang tu pergilah jogging atau bersenam kat rumah je. Janji badan berpeluh lebih sikit, hari tak bersenam pun berpeluh jugak dok buat kerja rumah. Musim panas kan, dok sapu sampah dan mop lantai pun boleh berpeluh. Tu kira senaman ringan² ler!

Tapi takpe walau jarang bersenam Mas lebih ketat menjaga makan, bagi Mas itu permulaan yang lebih penting. Kalau kita rajin bersenam setiap hari pun tapi dok bedal gula, garam dan minyak berlebihan tak guna jugak kan. Nasi lemak, roti canai, fast food, aiskrim, kek dan macam² kita makan. Haaa tak bagus jugak untuk kesihatan, penat² senaman tapi makan tak jaga langsung. 


Setakat ni Mas memang jaga bab makan, takde dah nak bedal macam². Hari² masak sendiri makanan sihat, hari kerja bawak bekal masakan dari rumah. Gula, garam dan minyak memang tak guna langsung, 100% eat clean. Jadi dari situ Mas dapat kawal berat badan, walaupun tak turun banyak tapi ada penurunan. Yang penting badan rasa sihat dan bertenaga bila jaga makan ni, walaupun tidur lambat dan penat tetap segar bila bangun pagi. 

Jadi bagi Mas jaga pemakanan dulu, tu yang penting. Pastu kita tambahlah dengan senaman, 2-3 kali seminggu pun dah memadai bagi Mas. Ikut kemampuan badan dan masa kita, tak boleh janganlah paksa kan? 80% jaga pemakanan, 20% senaman kan? Janji kita amalkan gaya hidup sihat, itu lebih bagus!

3 ulasan:

  1. Liez ni hangat2 taik ayam je bila diet..buat 2 hari then buat perangai makan mcm hantu..hihihi. harap isnin ni lieznekad sesungguhnya..berat sgt dah ni..

    BalasPadam
  2. jaga pemakanan tu paling penting kan..sebab kurangkan makanan bergula bergaram dan berminyak dapat bantu turunkan berat badan walaupun tak bersenam.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com