Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 2 Oktober 2018

Nur Aiyra Annasya : 1st Birthday

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat Hari Lahir Nur Aiyra Annasya!


Yeayyy Aiyra dah setahun hari ni, pantasnya masa berputar kan? Rasanya baru semalam Mas lahirkan dia, hari ni dah genap setahun umurnya. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat, masih minum susu Mas dan makan bubur yang Mas masak.

Genap je umur setahun dia dah pandai berjalan, sebenarnya umur 11 bulan dia dah pandai. Masuk setahun ni kira dah lajulah jalannya, dah nak pandai berlari dah pun. Dia memang aktif sejak pandai berjalan tu, tak reti dok diam. Kalau dalam rumah tu dah rata dia tawaf, jangan haraplah nak dipegang. Jalan pusing sana sini, panjat sofa dan rak TV serta jelajah dalam bilik. Berlatih nak kuatkan kaki lah tu, hehehee!


Seronok dapat potong kek

Sempena birthday dia pulak takdelah Mas buat majlis besar-besaran, cukuplah sekadar beli kek dan pizza pastu raikan satu keluarga. Janji ada kenangan untuk dia, merasa potong kek dan jamah sikit kek. Lagi pun Mas dah terbiasa camtu untuk anak² lain pun, bukan tak mampu tapi bersederhana. Buat simple camtu pun anak² dah seronok, janji dapat makan kek dan nyanyikan lagu untuk adiknya.

Untuk Aiyra kami doakan dia terus membesar dengan sihat, jadi anak yang bijak dan solehah. Walaupun nak masuk umur setahun ni dia diduga dengan tak berapa sihat sikit, tapi lega dapat jugak raikan harijadi dia. Moga dia terus bertambah sihat!

Kek Red Velvet yang sedap

3 ulasan:

  1. atototot tomey dia. semoga membesar sihat ceria happy. jadi anak solehah untuk ibu ayah amin..

    BalasPadam
  2. cantik sgt kek aiyra, selamat hari jadi sayang, sekejap je dah besar, moga membesar dgn sihat selalu.

    BalasPadam
  3. Happy birthday Aiyra. Semoga membesar sihat dan bijak solehah nanti.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com