Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 13 Oktober 2018

Pikat selera makan Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak masuk umur setahun 2/10 hari tu, selera makan Aiyra agak berkurangan. Dia dah pandai memilih makanan, Mas buat bubur nasi memang dia tak mau dah. Buntu jugak masa tu, nampak berat badan dia menyusut.


Macam² Mas cuba buat untuk pikat selera makan dia, tapi tak menampakkan hasil. Bila nampak je mangkuk makanan terus dia larikan diri, siap nangis² lagi. Bila suap dia akan buat loya² dan keluarkan semula makanan tu, kadang siap termuntah. Sedih tau tengok, buntu dok fikir apa lagi nak buat.

Pastu Mas cuba tukar ke pasta, mana tau dia berselera. Yelah mungkin dia dah bosan makan bubur nasi, dari umur 6 bulan makan camtu je. Mas rebuslah makaroni dan buat sup, nampaklah dia nak makan tapi 5-6 ketul je berjaya. Selebihnya dia dah mula loya², bila cuba suap lagi dia tak mau nganga mulut. Haihhh pening betul camne lagi cara nak bagi Aiyra berselera makan, risau tengok badan dia makin ringan.

Fikir punya fikir akhirnya Mas dapat idea, Mas masak nasi campur butter. Masa lembik² sikit, pastu bagi dia makan dengan sup ayam. Dalam sup tu Mas letak ayam segar, bawang putih, halia, kentang, lobak merah dan daun sup. Mas perasakan dengan sup bunjut. Alhamdulillah nampaklah dia berselera makan, walaupun tak banyak tapi takdelah dia nangis² lagi bila suap nasi tu.


Pastu suatu hari tu ternampak nasi impit mini dok dalam kabinet dapur, terus terfikir kalau rebus nasi impit tu lagi senang. Tak perlulah nak bangun pagi² masak nasi, lagi pun nasi impit tu dah hancur kan. Lagilah sesuai makan dengan sup. Haaa tak sangka idea Mas tu mendatangkan hasil, cikgu dia cakap berselera Aiyra makan. Setiap hari bekalkan 2 ketul nasi impit yang dibelah empat, dia akan makan seketul pagi dan seketul tengahari. Nanti malam makan lagi seketul.

Gembira sangat tau Mas dah berjaya pikat selera makan Aiyra, setiap hari seronok nak suap dia makan. Nampak dah badan dia makin berisi, berat pun dah bertambah semula. Setiap kali nampak mangkuk makanan tak sabar² dia nak makan, suap je nganga dan siap tak sabar nak suruh suap lagi. Lega sikit nak bawak dia check up setahun Isnin ni, moga timbang nanti bertambahlah berat dia.

2 ulasan:

  1. waahh! Alhamdulillah, akhirnya Aiyra nak juga makan. Good job mama. Ni anak saya pulak buat drama tak nak makan, dia tak nak makan bubur dah. Saya try bagi biskut baby rusk tu, dia nak pulak. Alhamdulillah, Ok jugak lah at least dia nak makan juga, kalau tak risau mommy

    BalasPadam
  2. bagusla dia makan mcm tu..hehe..mak2 pasti akan ada idea masing-masing

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com