Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 26 Oktober 2018

Rezeki Aiyra setahun je!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak pernah niat langsung nak susukan Aiyra dengan susu badan sepenuhnya sampai umur dia setahun je, memang Mas usaha selagi mampu untuk sampai 2 tahun. Tapi mungkin rezeki Aiyra hanya setakat umurnya setahun je, Mas struggle camne pun kalau susu dah tak banyak memang tak boleh buat apa dah.


Bila Aiyra masuk umur setahun Mas terus datang haid, bila dah mula period memang susu akan merundum. Setiap kali pam mampu dapat 2-3 oz je untuk 2 belah, jadi memang tak mampu nak sediakan stok untuk bawak ke taska. Jadi dengan berat hati terpaksalah campur susu tepung, serius Mas nangis masa mula nak bagi dia. Yelah setahun Mas struggle untuk berikan dia susu badan sepenuhnya, tapi akhirnya Mas tak mampu dah!

Bukan Mas tak usaha tau, jadi jangan pandai cakap bukan². Macam² Mas makan untuk tambahkan semula susu, pastu tetap pam setiap hari walaupun dapat sikit. Tapi kalau dah susu tak banyak, memang tak cukuplah bekalan untuk dia. Nak tak nak dan berat hati camne pun, memang kena campur susu tepung. Lagi pun dah setakat itu rezeki Allah bagi, jadi Mas redha jelah.

Sekarang ni di taska dan sebelah siang Aiyra dah minum susu tepung sepenuhnya, cuma malam masih susu badan. Pada awal ni Mas bagi dia susu Lactogen, alhamdulillah serasi dengan perut dia. Takde pulak kena cirit birit atau sembelit, lega Mas rasa. Pastu baru minggu lepas Mas tukar ke Lactogrow pulak, dan mujurlah serasi jugak dengan perut dia. Lagi satu bila dah mula minum susu tepung ni makin kuat lagi dia menyusu, kalau sebelah siang tu sampai 3-4 botol. Malam je dia tak mau, lagi syok ngempeng kat mama, hehehee!

Jadi korang yang senasib dengan Mas tu jangan rasa bersalah pulak kalau tak dapat susukan anak sehingga umur 2 tahun. Setakat mana pun kita susukan anak kita ia tetap pengalaman berharga bagi seorang ibu, janji merasa susukan anak dengan susu sendiri. Cuba fikir ibu yang langsung tak berpeluang susukan anak dia, jadi bersyukurlah setakat mana yang kita termampu.

Alhamdulillah perjalanan Mas susukan Aiyra sepenuhnya satu yang sangat indah walaupun hanya mampu setahun je!

3 ulasan:

  1. Takpelah..Rezeki kak mas setakat tu jer utk baby ayra.Ina pula lain kes.. nak stop penyusuan.Dalam proses pisah susu..Bila tak menyusu.Breast pula bengkak.. hihihi.

    BalasPadam
  2. it's ok. banyak sket dia leh makan. dan x cranky sgt. hehehe

    BalasPadam
  3. setahun pun dah lama, dah rasa cukup bangga sebab mas boleh maintain sehingga setahun kekalkan sepenuhnya susu badan untuk ayra. tahniah

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com