terkini dan sensasi

Rabu, 31 Oktober 2018

Snek sihat untuk diet

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun diet tapi kadang mulut ni teringin nak mengunyah sesuatu, terutama kat pejabat atau masa memandu. Yelah buat hilang ngantuk dan sebagai snek ketika perut tetiba rasa lapar. Ramai je kawan cadang sediakan gula² atau asam, tak nak Mas. Semua tu musuh diet tau, banyak gula tersembunyi!


Jadi untuk kekal sihat Mas pilih kekacang atau buah sebagai snek sihat, tak rasa bersalah nak kunyah² banyak mana pun. Lagi pun kekacang ni mengandungi lemak yang sihat dan bebas garam dan gula, sedap pun sedap kan. Buah pulak Mas suka pilih epal merah, epal hijau atau nenas. Walaupun buah pun ada gula tapi takdelah tinggi sangat, Mas biasa jadikan buah sebagai snek sebelum sarapan, lunch atau waktu malam.

Alaaa kacang yang bagus ni mahallah nak beli, ye memang pun tapi demi kesihatan apa salahnya. Mas biasa beli chesew nuts, kacang kuda dan biji bunga matahari. Setiap kali nak makan Mas akan ambik dalam segenggan je, boleh jimat 2-3 minggu. Memang tak perlu makan banyak kekacang ni, cepat penuh perut!

Tak susah sebenarnya nak amalkan snek yang sihat ni, janji kita cuba amalkan. Jangan rasa rugi kalau ta dapat makan potato chip ke, donut ke, kerepek ke, itu semua tak bagus untuk kesihatan. Kalau tak suka kacang buatlah jejari kentang ke, tapi jangan goreng tau. Kukus dan letak lada hitam dan chili flakes sikit, fuhhh memang snek yang sedap. Ataupun nak yang segar buatlah jejari lobak, kupas dan potong panjang² pastu makan camtu je. Sedap tau!



Macam² snek sihat untuk diet yang sedap tau, jangan ingat bila diet tak boleh makan sedap². Kenalah pelbagaikan menu tu dan rajin ye!

2 ulasan:

  1. haritu dah siap beli kacang pistachio dua pack. last2 tak habis pun...tak ada selera nak makan

    BalasPadam
  2. kalau dengan perut Ema ni boleh tahan ke tidoknya...hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com