Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 3 November 2018

Adakah Zamani tetap beraksi di GV5?

Assalamualaikum...(^ ^)

Esok konsert ke-6 GV5 bakal berlangsung, dan yang paling dinanti² adakah Zamani bakal menyanyi di konsert tersebut?

Di konsert sebelum ni Zamani gagal memyanyi kerana peti suara koyak, lalu dia disingkirkan. Tapi pihak penaja bertindak memberikan dia imuniti kerana berpendapat Zamani tak adil disingkirkan. Ada yang berpuashati dengan keputusan tersebut tapi ada jugak yang tidak, bagi mereka yang berkata tidak sebab tak adil bagi Zamani yang tengah sakit tu. Lagi pun bila peti suara sudah koyak memakan masa berminggu untuk sembuh.


Pastu sehari selepas konsert tersebut, bekas pengurus Zamani ada buat kenyataan yang dia akan tarik diri dari GV5. Katanya suara Zamani tak akan pulih dalam masa terdekat dan mustahil untuk dia menyanyi, lagi pun katanya sebelum konsert kelima tu Zamani ada menyuarakan untuk menarik diri. 

Tapi pada program Meletop hari Selasa lepas pihak produksi ada menghubungi pengurus Zamani sekarang. Dan dia memaklumkan bahawa Zamani tiada pun buat kenyataan untuk menarik diri, malah sekarang dia dalam tempoh rawatan dan penyembuhan. Katanya jugak Insya Allah Zamani akan menyanyi di konsert ke-6 Ahad nanti dan minta peminat mendoakannya. 


Haaa sebagai peminat Zamani Mas lega bila dengar berita ni, dan Mas doakan moga Zamani dah pulih dan mampu menyanyi. Tapi kalau dia belum 100% sembuh Mas harap dia tak perlulah paksa diri untuk menyanyi jugak kerana takut memudaratkan suaranya lagi. Dia dah menang di hati peminat dan akan tetap dikenang sebagai penghibur legend! 

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com