Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 15 November 2018

Bila cuti dibekukan

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa bukan cuti Mas tapi macam biasalah cuti abam bomba kita, setiap kali hujung tahun camni lah keadaannya. Yelah sekarang selalu hujan, jadi mereka kenalah bersiap sedia hadapi musim banjir. 


Mas rasa tahun ni kerap sangat cuti dia dibekukan, sampaikan cuti rehat dia pun banyak berlebih. Tapi nak buat camne kan, dah tugas dan tanggungjawab dia terhadap kerja camtu. Jadi kenalah ikut!

Mas sebagai isteri pun terpaksalah memahami walaupun kadang tu sedih jugak, yelah perancangan nak bercuti terpaksa dibatalkan. Niat hujung tahun nak lah pergi jalan², bukan jauh sangat pun. Dah rancang dah nak pergi mana, sekali bila tengok cuti husband dibekukan sampai bulan Mac tahun depan terus terkedu. Banyaklah perancangan cuti yang terpaksa diabaikan, huhuhuu ai redha!

Macam husband Mas ni dia bertugas di Balai Nilai, walaupun balai dia tak terlibat dengan kes banjir tapi dia tetap kena standby. Yelah anggota kan tak mencukupi, jadi mereka kenalah bagi bantuan kepada kawasan lain yang terlibat. Sebab itu husband kena jugak kerja, demi nak jaga kepentingan masyarakat.

Jadi anak², cuti sekolah hujung tahun ni kita bercuti di Salak Tinggi je. Tunggu cuti babah korang dicairkan baru kita jalan², hahahaa ayat isteri yang redha!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com