Assalamualaikum...(^ ^)
Yeayyy bersemangat semula nak tengok GV5 bila Zamani terus kekal bertanding, seronok dapat dengar dia menyanyi semalam. Walaupun dia nampak belum sihat sepenuhnya dan lagu Hapus Aku tu kurang mencabar untuk dia, tapi Zamani tetap berikan persembahan terbaik!
Minggu Suku Akhir ni menyaksikan Farawahida tersingkir, ini kerana dia agak gugup ketika menyanyikan lagu Ayat² Cinta. Memang vokal dia agak sumbang semalam, tempo agak lari masa mula² dia menyanyi tu. Suara dia bukannya tak sedap, tapi bila dapat lagu tu mungkin tak mudah untuk dia nyanyikan jika tidak betul² bersedia.
Cuma pemberian markah tertinggi minggu ini Mas agak tak puashati apabila Amelina mengungguli tempat pertama. Bagi Mas tak nampak apa kelebihan persembahan Amelina semalam, vokal pun biasa² je. Patutnya Zamani atau Billy Zulkarnain lebih layak, mereka menyanyi dengan baik. Dia Fadila pun mantap persembahan dia, vokal pun bagus.
Tapi apa pun Mas tetap seronok bila Zamani akan berentap di Konsert Separuh Akhir, itu yang Mas nantikan. Di konsert itu nanti semua peserta diberi 2 tugasan lagu, dan pilihan lagu pun semakin menguji tahap vokal mereka. Bertemakan Road To Final, inilah lagu yang bakal dinyanyikan oleh peserta² GV5.
Billy Zulkarnain | Mengenangmu (Kerispatih) & Mulanya Di Sini (Freedom)
Zamani| Di Matamu (Sufian Suhaimi) & Dekat Padamu (Yusry)
Zamani| Di Matamu (Sufian Suhaimi) & Dekat Padamu (Yusry)
Dia Fadila | I Don't Want To Miss A Thing (Aerosmith) & Pematah Hati (Nabila Razali)
Maya | Tiada Kepastian (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
Noryn Aziz | Dahsyat (Mojo) & Cintaku 100% (Mas Idayu)
Forteen | Potret (Akim & The Majistret) & Cinta Di Akhir Garisan (Ziana Zain, Ning Baizura, Nora & Dessy Fitri)
Hetty Sarlene | Pencuri Hati (Ayda Jebat) & Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)
Hetty Sarlene | Pencuri Hati (Ayda Jebat) & Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)
belum sempat nngok episod sebelum ni
BalasPadamAsalam..done follow blog you. Please coming in my blog ..number 1701..
BalasPadamala tersingkir dah Fwahidah kan
BalasPadam