terkini dan sensasi

Selasa, 6 November 2018

Jom ke Bangi Wonderland!

Assalamualaikum...(^ ^)


Haaa cuti sekolah akhir tahun dah semakin dekat kan, dan mesti korang dah rancang kemana nak bawak anak² bercuti atau beriadah. Bagi yang ada bajet bolehlah melancong kan, tapi bagi yang kekurangan bajet kenalah pilih tempat yang boleh jimat dan anak² seronok. Jadi Mas cadangkan jom ke Bangi Wonderland

Mas dah pernah sekali, boleh baca di entri Gempak Merdeka 2018 Bangi Wonderland. Masa tu pertama kali Mas pergi dan Aiyra pun baru berumur 10 bulan, jadi anak² yang lain je seronok mandi manda. Mas dan Aiyra memang lepak je, tak yakin nak bawak dia mandi masa tu sebab masih kecil. 



Haaa pergi kali kedua pada 28/10 tu barulah seronok sebab dapat mandi manda dengan anak², yelah Aiyra dah setahun jadi dia dah tahu seronok main air. Masuk je dalam air tu memang tak nak kita pegang, terkedek² dia dok jalan dalam air tu. Pastu kejap duduk, kejap tepuk² air, kejap meniarap dan macam² aksi lagi. Hehehee geli hati tengok gelagat dia!

Jadi memang sesuai sangat kalau korang nak bawak anak² beriadah kat sana sempena cuti sekolah ni, pasti mereka gembira tak terkata. Harga tiket pun takdelah mahal sangat, berpatutan dan berbaloi dengan keseronokan yang mereka dapat. Lagi pun dalam bulan November ni ada promosi tau bermula dari 1 hingga 30 November 2018. Tengok harga tiket ni murah kan?



Pastu sampai sana tak perlu risau pasal tempat nak lepak sebab banyak disediakan kerusi dan meja. Kalau nak lagi selesa boleh sewa Cabana yang disediakan, harga pun takdelah mahal sangat. Kemudahan lain pun ada disediakan seperti sewa pelampung, loker berkunci, cafe menjual makanan dan minuman, kedai cenderahati, surau dan pelbagai lagi. Ruang parkir pun banyak dan luas. 

Tarikan pulak memang banyak rides yang seronok dicuba terutamanya Magic Funnel ni. Mas memang teringin sangat nak naik tapi takde rezeki sebab tak cukup geng, ingat nak naiklah dengan husband dan Atikah Arfan. Tapi malangnya ketinggian Arfan tak lepas, jadi dok tengok dan gelakkan orang jerit sakan jelah. Hahahaa memang seronok tau!



Lagi satu yang kami seronok main ialah Shock Wave kat Pirates Bay, sampai sakit² badan. Ombak tu ada setiap jam tau, dan akan dibuka selama 15 minit. Memang terlambung² lah dok dalam air tu sampai tersedak² air sekali, hahahaa tapi seronok sangat! Jadi korang jangan lupa tau bawak anak² ke Bangi Wonderland ni, pasti seronok dan puashati!

1 ulasan:

  1. lisa tak pernah lagi sampai sana... harap2 sampai la satu hari nanti hehe. tp lisa tak suka berpanas.. hahaha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com