Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 14 November 2018

Kecewa dengan pengurusan sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Lega sebenarnya bila dapat surat penempatan Arfan ke sekolah menengah, lega jugak bila dia dapat sekolah sama dengan kakaknya. Tak perlulah Mas dan husband nak pening kepala cari sekolah lain, lagi pun sekolah ni dekat dengan rumah.


Macam biasa bila dah terima surat tu akan ada tempoh untuk kita buat pengesahan di sekolah yang ditempatkan. Pastu ada jugak dokumen² yang diperlukan semasa nak daftar tu, jadi kenalah Mas siapkan apa yang patut. Mula² mintak Arfan tanyakan cikgu dia pasal slip menduduki peperiksaan UPSR, sebab ada dimintak untuk bawak semasa pendaftaran. Tapi dia punya susah nak dapat dari cikgu tu, haihhh bikin sakit hati. Bila husband whatsapp sendiri kat cikgu, katanya tak perlu bawak slip tu. Haaa baru nak beritahu, masa anak² mintak buat endah tak endah je!

Pastu lagi satu pasal dokumen² yang diperlukan seperti salinan surat beranak dan kad pengenalan tu, siap suruh sahkan lagi. Jadi Mas pun beria lah suruh husband buat salinan dan Mas mintak boss sahkan. Yelah kalau tak sediakan apa yang sekolah perlu, nanti tak boleh daftar pulak kan? Jadi sebab itulah Mas buat untuk memudahkan urusan, dan ikut seperti yang dinyatakan dalam surat. 


Tapi yang kecewa bila husband pergi buat pendaftaran semalam, pihak sekolah hanya ambil surat tu dan cop tarikh sahaja. Apa semua dokumen yang beria kami sediakan untuk buat pengesahan tu langsung tak diambik. Katanya bawak dokumen tu nanti di sesi perjumpaan pada 1/1/2019. Haaa sapa yang tak panas hati kan, dalam surat macam² mintak ibu bapa sediakan. Bila datang camtu je yang sekolah buat, tak hargai penat lelah ibu bapa datang ke sekolah tu. Siapa yang dah buat pendaftaran pun mereka tak rekod, kalau camtu baik tak perlu datang kan?

Dalam surat tu jugak ada nyatakan ibu bapa kena hadir bersama anak, tapi bila bawak anak takde apa pun. Macam datang sesaja je, kalau dah camtu buat apa suruh bawak anak. Haihhh patutnya pihak sekolah kena jelas memberi arahan, bukannya arah lain tapi buat lain. Perkara camni menyusahkan ibu bapa yang bekerja, terpaksa ambik cuti untuk uruskan hal ni. Tapi bila datang hanya cop surat sahaja, pastu balik! 

Mas harap pihak sekolah lebih sistematik bila uruskan pendaftaran penempatan anak² di sekolah ni. Jangan susahkan ibu bapa, buat secara online atau melalui panggilan pun dah memadai. Atau pun pendaftaran tu buat bersekali dengan sesi perjumpaan, kan lebih mudah. Tak payahlah ibu bapa nak bazirkan masa datang 2-3 kali, padahal urusannya remeh sahaja!

2 ulasan:

  1. sama..datang sekolah tulis nama parent, nama anak dan sign..tapi dokumen yang disahkan sekolah terus ambil.

    BalasPadam
  2. Kadang2 gitulah prosedurnya kak mas.. kat kertas lain, sampai sekolah lain pula. Sabar ajelah

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com