Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 1 November 2018

Peperiksaan Tahap 1 dimansuhkan

Assalamualaikum...(^ ^)

Lega sangat bila baca berita ni, terima kasih pada Menteri Pendidikan. Lepas ni takdelah anak² Tahap 1 ni struggle dok hadapi peperiksaan demi nak skor A, padahal penguasaan mereka belum tentu sampai ke tahap ditetapkan. Tapi demi memenuhi tuntutan sekolah yang utamakan peratus pencapaian, anak² kita tertekan. 


Bayangkanlah ada ibu bapa yang hantar anak darjah satu pergi tuisyen, padahal budak tu baru nak kenal alam persekolahan sebenar. Tapi dek takut anak tak skor dalam peperiksaan mak ayah terpaksa kan? Mana taknya tengok soalan periksa pun mak ayah dah pening, fikir camne anak kita dok perah otak jawap 40 soalan.

Bagi Mas langkah mansuhkan peperiksaan untuk Tahap 1 ni adalah langkah yang bagus, sebab patutnya murid di tahap ni kena menguasai dulu semua matapelajaran sebelum bersedia nak hadapi peperiksaan. Biar mereka betul² mahir dan faham apa yang dipelajari barulah duduki peperiksaan, masa tu dah tentu boleh skor. Sebab kita tak tahu entah anak kita ni faham ke tak apa yang dipelajari, tapi sebab wajib duduki exam mereka terpaksa. Jadi jawab jelah soalan tu walau tak faham!


Harap konsep pentaksiran yang bakal dilaksanakan tu mampu memberi impak baik kepada pelajar² sekolah, harap mereka lebih menguasai apa yang dipelajari. Moga lepas ni takdelah anak² terlampau stress usung buku sana sini setiap kali nak periksa. Pastu harap jugak konsep taksiran ni lebih membantu dari segi penguasaan dan pemahaman murid² terhadap subjek yang dipelajari. Kena bina dulu potensi diri anak² ni!

Bagi Mas tak semestinya nak berjaya kena skor semua A dalam peperiksaan kan, sebab anak yang baru nak kenal alam persekolahan sebenarnya ni lebih kepada menguasai. Bila dah masuk Tahap 2 mereka dah mahir, jadi takde masalah dah nak hadapi peperiksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com