Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 20 November 2018

Stay And Splash @ Best Western I-City sempena cuti sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa korang, cuti sekolah dah makin dekat ni. Dah rancang ke nak bawak anak² bercuti ke mana? Haaa takde bajet ke, jangan risau ni Mas nak kongsikan tempat menarik untuk bercuti tanpa perlukan bajet yang besar. Pastu anak² korang mesti seronok sangat!



Pernah pergi ke I-City tak, sekarang dah banyak berubah kat sana. Mas pernah pergi tahun 2010, dan bila berpeluang pergi kali ni memang banyak sangat tarikan menarik kat sana. Salah satunya promosi Stay and Splash oleh Best Western I-City ni, bermula dari RM180 korang boleh menginap 2D1N di bilik Superior. Pastu yang menariknya boleh dapat 2 tiket masuk ke Water World I-City. Uishhh mesti anak² suka ni dapat mandi manda sepuasnya, tak jauh pun dari hotel ni. Hanya 5 minit berjalan dah sampai!



Kenapa Mas syorkan korang pilih Best Western I-City ni, pertamanya sebab harga biliknya yang murah dan berpatutan. Bukan saja murah tapi biliknya selesa sangat, kalau keluarga yang ramai anak boleh pilih bilik yang ada connecting room. Lagi satu permandangan dari bilik pada waktu malam dan siang sangat cantik, tak puas mata memandang. 



Ini pilihan bilik yang ada, bolehlah korang pilih ikut kesesuaian ahli keluarga. Semuanya selesa dan harga pun berpatutan sangat!

Superior Twin & Superior King


Deluxe with Connecting Room


I-Suite


Sebab kedua ianya berhampiran dengan I-City Themepark, jalan kaki 5 minit je dah sampai. Tak perlu nak redah jalan yang sesak, jimat masa dan tenaga. Kat themepark macam² tarikan ada, tak kira untuk dewasa mahu pun kanak². Dok kat situ sampai lewat malam pun takpe, sebab nak balik dekat je dengan hotel. 



Bab makan pulak tak perlu risau, hotel ini ada sediakan pakej sarapan bersekali dengan penginapan. Pilihan menu sarapan jangan cakaplah, banyak sangat pilihan. Untuk yang berdiet pun ada disediakan menu² sihat tau, pilih sahaja ikut selera korang. Pastu kalau korang menginap pada hujung minggu, setiap hari Ahad akan ada Sunday Hi Tea di The View Cafe. Banyak sangat pilihan makanan, dengan harga hanya RM42 untuk dewasa dan 50% untuk kanak²/warga emas. 

Ruang makan di cafe ni jugak luas dan selesa, boleh pilih nak makan di dalam atau di luar. Makanannya semua HALAL tau, jadi tak perlu risau! 




Haaa camne, teruja tak bila baca. Yang pastinya bajet murah, aktiviti menarik pun banyak, berbaloi dengan wang ringgit dan anak² pasti seronok. Jadi tunggu apa lagi, dah boleh buat tempahan sekarang tau. Promosi bermula dari 24 November 2018 hingga 31 Disember 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh hubungi mereka di: 

Telefon: 03-55219000

12 ulasan:

  1. wahhh cantiknya tempat ni. best laa kak mas

    BalasPadam
  2. Lawa laaa view malam dia.. Suka tengok! Anak-anak dah sibuk tanya ni cuti sekolah nanti bawak depa ke mana... Thanks sharing Mas

    BalasPadam
  3. Ya ampun. Meriah ya amat lampu lampu nak nak pula melalui pemandangan cermin bilik aje.

    Memang menarik sangat.

    BalasPadam
  4. Wah, memang syok bawa family holiday ke i city ni.boleh enjoy family time sepuasnya dari pagi sampai ke malam. Last year huda buat family day kat sini, balik jer semua pakat demam sebab main water theme park sampai ke petang. hehe

    BalasPadam
  5. cantiknya vieww... makanan pun bnyak pilihan

    BalasPadam
  6. Lain kali pi i nak book bilik tingkat atas camtu gak lah, view lawa!

    BalasPadam
  7. Juju pernah menginap sini kak mas...mmg best view dia kan...pastu malam2 nampak bergemerlapan icity dari atas hotel...syok!

    BalasPadam
  8. best tempat ni. nanti bolehlah pergi lagi masa cuti sekolah nanti

    BalasPadam
  9. bestnya..murah la siap hotel semua ni..siap masuk water park..nak la macm ni

    BalasPadam
  10. macamne saya nak booking ni..?

    BalasPadam
  11. macamne saya nak booking ni..?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com