Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 22 November 2018

Tamat sekolah 2018

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, tamat sudah persekolahan 2018. Pagi tadi pun dah ada majlis penyampaian sijil untuk Arfan dan Airis, sempena tamat tahun 6 dan pra sekolah. Majlis sederhana je pihak sekolah buat, janji dapat raikan murid². Esok pulak dah acara bebas, tak nak datang sekolah pun takpe dah! 

Tahun depan bermulalah buku baru untuk Arfan, dia bakal ke sekolah menengah pulak. Moga dia lebih bersedia dan fokus, maklumlah pembelajaran di peringkat menengah tak sama dengan sekolah rendah. Penempatan di sekolah menengah pun dia dah dapat, cuma ni dok berdebar tunggu keputusan UPSR pada 29/11 nanti. Harap dia dapat keputusan yang baik, keputusan yang dapat bantu dia di sekolah menengah nanti. 


Airis pulak bakal ke tahun satu, dan akan bersekolah di sekolah yang sama. Cuma tahun depan dia takde peneman dah, kena berdikari sendiri lah. Tapi takpe, Mas tahu dia budak bijak dan boleh jaga diri sendiri. Sabtu ni akan ada hari orientasi untuk dia di Tahun 1, bersekali dengan taklimat kepada ibu bapa. Ujian diagnostik pulak dah takde, cuma akan ada aktiviti ringkas oleh pihak sekolah. Moga semuanya lancar nanti!


Kakak Atikah pulak dah lama mula cuti, yelah sekarang tengah periksa SPM jadi dia cuti awal. Sementara tunggu keputusan PT3, Mas suruh dia lengkapkan borang permohonan ke SBP. Nanti keputusan dah ada kemaskini je, pastu baru hantar. Harap sangat dia dapat ke SBP, biar teratur dan terjamin sikit masa depan dia. 

Moga anak² Mas terus maju jaya di musim sekolah tahun depan, dah banyak penambahbaikan dalam sistem pembelajaran dibuat oleh KPM. Bab persiapan nanti kita beli sikit² yer, tunggu mama babah dapat saguhati RM500 dulu. Bercuti puas² dulu tau!

1 ulasan:

  1. Eh, kejap je dah nak masuk sekolah menengah. Airis pun nak masuk tahun 1.semoga maju jaya untuk anak anak kak mas

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com