terkini dan sensasi

Isnin, 31 Disember 2018

Corat coret 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Pejam celik pejam celik, 2018 dah sampai penghujungnya. Sekejap je rasa 365 hari tu berlalu, pelbagai dugaan pahit manis pasti semua lalui kan? Bagi Mas 2018 ada coretan gembira dan ada jugak coretan sedih, namun Mas hadapi dengan tabah bersama husband dan anak².


Yang sedih tu Mas tak nak kenang, Mas jadikan ia cabaran dan dugaan dari Allah SWT. Mungkin itu sebagai ingatan untuk Mas lebih ingatkan Dia dan dekatkan diri dengan Dia. Pastu untuk Mas lebih utamakan keluarga dan anak², lebih luangkan masa dengan mereka. Sedih camne pun hidup perlu diteruskan, moga semua dugaan jadi penguat semangat untuk Mas tempuhi 365 hari lagi di tahun baharu nanti.

Yang gembira memang Mas bersyukur sangat, Allah bagi peluang untuk kecapi semua tu. Paling gembira bila anak² berjaya dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan penting yang mereka hadapi, dua² lulus setiap subjek. Seronok tak terkata bila saat tahu keputusan periksa mereka, lega mereka berjaya dan boleh teruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 



Pasal kerja pulak ada permulaan baru dalam kerjaya Mas, harap ia terus beri yang terbaik untuk Mas hadapi lagi 20 tahun untuk bekerja. Memang pernah Mas rasa give up sangat nak kerja, masa tu tak terasa langsung dah keseronokan bekerja. Sampai ada masa Mas nak mohon pencen je tau tak, mood nak pergi kerja langsung takde. Tapi bila Mas diberi peluang untuk bekerja dengan boss baru dan suasana baru, sedikit sebanyak mood itu kembali. Rasa nak terus berkhidmat makin seronok, dapat rasakan khidmat Mas masih diperlukan di BSM KKM tu. 


Pasal kerjaya sebagai blogger separuh masa pulak, alhamdulillah masih ada rezeki untuk Mas. Walaupun tak selumayan rakan blogger lain tapi bolehlah nak bantu sedikit sebanyak pendapatan keluarga, dapatlah Mas buat belanja untuk diri sendiri dan anak² serta buat tabungan sikit. Terima kasih sangat pada client yang masih percayakan penulisan Mas di blog untuk review produk² dan servis mereka. Itu jadi penguat untuk Mas terus menulis di blog, perbaiki mutu penulisan dan naikkan trafik blog Mas. Moga rezeki blog ni terus ada!


Haaa itulah corat coret 2018 dalam kamus hidup Mas selama 365 hari ni, walaupun banyak lagi tapi inilah yang terpenting. Moga 2019 lebih janjikan yang terbaik dan terindah buat Mas sekeluarga!

1 ulasan:

  1. alhamdulillah untuk kegembiraan sepanjang tahun. yang pahit kelat sikit2 tu iyaaa kita ambil pengajaran. tahniah untuk kejayaan anak2.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com