Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 30 Disember 2018

Jalan² Melaka 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Perancangan saat akhir dibuat untuk percutian singkat ni, memang tak sangka dapat jugak bawak anak² jalan² sebelum cuti sekolah berakhir. Kalau ikutkan destinasi lain nak pergi tapi disebabkan husband pun hanya dapat pelepasan sehari maka Melaka je jadi pilihan.


Walaupun Mas tahu nak ke Melaka tu sesak kalau hari cuti, tapi redha jelah untuk tempuh jammed demi percutian ni. Kami tiba dia Melaka jam 1 tengahari, sampai je terus cari kedai makan yang ada jual Asam Pedam. Fuhhh memang teringin sangat nak makan Asam Pedas Melaka! Mas pilih Restoran Asam Pedas Selera Kampung, banyak pilihan menu Asam Pedas kat situ. Ada Asam Pedas Daging, Ayam, Telur dan pelbagai jenis ikan. Pastu menu² lain pun banyak, dan makanannya pun sedap serta harga pun berpatutan.


Penginapan pulak Mas hanya pilih hotel bajet, yelah anak dah ramai kan memang tak mampu nak pilih hotel² mewah. Lagi pun Mas tak kisah sangat, janji hotel tu selesa untuk kami tidur anak beranak. Mas memilih K3 Formosa Hotel yang terletak di tengah² bandar Melaka, nak cari pun senang hanya google maps dan ia terletak berhampiran Hang Tuah Mall. Mas tempah melalui booking.com dan pilihan Family Room hanya RM239 untuk 2 malam, murah kan? Dalam bilik ada 1 katil queen dan 2 katil single, pastu ada sofa, TV, aircond dan bilik air pun selesa.


Kali ni kami tak jalan² kat banyak tempat pun sebab masa agak terhad, dan keadaan sesak memakan banyak masa di perjalanan je. Hari pertama kami melawat Kota A Famosa, lama dah Mas tak naik ke A Famosa ni. Jadi bawaklah anak² naik untuk tengok sejarah Bandar Melaka, seronok mereka dapat tahu tentang peninggalan sejarah ni.

Pastu sebelah malam kami naik Menara Taming Sari, nak tengok permandangan cantik bandar Melaka pada waktu malam. Harga tiket menggunakan MyKad adalah RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak² berumur 2-12 tahun. Masa yang diperuntukkan untuk berada atas menara adalah selama 10 minit, dan masa kat puncak menara tu akan berpusing perlahan². Jadi dapatlah tengok keindahan bandar Melaka pada waktu malam, cantik dan penuh warna warni.



Hari kedua pulak kami pergi ke Pantai Tanjung Bidara, haaa ni Mas yang beria nak pergi. Sebab apa, sebab terpengaruh dengan drama Cinta Tiada Ganti tu. Hahahaa nak tengok set pengambaran yang Riz Ara sesat kat pulau tu, husband pun layankan je. Dapatlah bergambar kekonon ai pun sesat kat pulau dan tunggu Riz datang selamatkan, hehehee! Tapi syok jugak jalan² kat pantai ni, cantik dan nak mandi pun seronok. Anak² memang sibuk ajak mandi, tapi sebab tak bawak baju jadi jalan² ambik gambar jelah.

Pastu kami pergi ke Klebang, tempat wajib dituju ni bila sampai ke Melaka. Sudah tentulah nak cari Coconut Shake Klebang dan Keria Antarabangsa, beratur panjang pun sanggup tau. Cuma agak kecewa dengan rasanya, Coconut Shake pun kurang sedap berbanding dulu dan Keria pulak banyak sangat minyak. Hurmmm rasa macam tak berbaloi beratur panjang, tapi dah beli kenalah makan jugak. Mungkin lain kali datang tak teruja dah nak membeli.



Dah penat beratur kami pergi ke Muzium Kapal Selam yang terletak di Pantai Klebang. Mas pernah pergi masa muzium ni mula² buka, masa tu tak banyak tarikan sangat. Sekarang dah berbeza dan harga tiket masuk pun dah berbeza, RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak². Ada jugak disediakan perkhidmatan photographer, nanti bolehlah beli gambar kalau berkenan. Pastu boleh masuk dalam kapal selam tu, dapatlah rasa pengalaman dok dalam kapal selam. Sesak nafas bila masuk dalam tu, luar je nampak besar tapi dalam tu sempit dengan enjin dan kelengkapan kapal.

Sebelah malam pulak kami pekena makanan laut di Alai Crystal Bay, kat sini memang banyak gerai². Memang ramai sangat pengunjung, sampai kena tunggu giliran untuk dapat tempat duduk. Kami pilih gerai Warisan De' Muara, banyak jugak pilihan seafood dia dan makanan pun sedap. Malam tu kami pilih Ikan Siakap Tiga Rasa, Ketam Telur Masin, Sotong Goreng Tepung dan Kailan Ikan Masin, semuanya habis RM150. Bagi Mas agak mahal jugaklah, tapi puashati makan sebab semuanya sedap!



Hari terakhir kami tak kemana pun, lepas check out hotel terus balik. Alhamdulillah dapat penuhi permintaan anak² nak jalan² sebelum sekolah buka, walaupun dekat je tapi mereka tetap seronok. Kita cuti² tahun depan pulak ye!

3 ulasan:

  1. cuti express ni kak tapi banyak tempat juga dapat pergi. mesti anak2 suka tu..
    seronok spend masa dengan kluarga sesekali kan.. ritu pegi nak try yang Keria Antarabangsa tu tapi sekali pegi tutup raya kelima tak bukak lagi. takpe tu faham.. kali keduaaa ya rabbi ramainya manusia. givap hahaha..

    ended up beli keria gula melaka tepi jalan kat tempat lain. sooodap juga =D

    BalasPadam
  2. Sedapnyaa asam pedas tu..yummmsss.
    Lama tak ke Melaka..

    Selamat Tahun Baru 2019 Mas .

    BalasPadam
  3. weolls baru nak pegi melaka dis weekend

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com