Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 27 Disember 2018

Lazz Susu Kambing : Penghantaran cepat, susu berkhasiat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebagai ibu bekerjaya yang masih menyusukan anak, Mas kena pastikan Mas minum susu yang mencukupi setiap hari. Seperti korang maklum, susu adalah minuman paling berkhasiat untuk ibu menyusukan anak kan? Khasiat susu boleh dijadikan milk booster semulajadi untuk menggalakkan penambahan susu badan secara konsisten dan selamat. 


Lazz Susu Kambing Sebagai Milk Booster
Jadi untuk teruskan bagi khasiat buat Mas dan Aiyra, sudah semestinya Lazz Susu Kambing menjadi pilihan. Ia sememangnya milk booster terbaik, bukan setakat jadi milk booster tapi susu kambing jugak bersifat alkali yang membantu mengurangkan simptom angin dan sejuk jika ibu menyusu termakan makanan sejuk dan berangin. Jadi takdelah dia beri kesan sampingan pada anak yang menyusu, perut dia pun akan selesa je. 


Selain tu bila minum Lazz Susu Kambing ni, badan akan rasa lebih bertenaga, kurang rasa mengantuk dan lebih kenyang walaupun sebelah malam Aiyra sentiasa menyusu. Setiap pagi dan malam Mas memang amalkan minum secawan campuran Lazz Cafe dan Lazz Kurma, sedap tau! Rasanya lemak berkrim dan tak manis sangat, hanya bancuh dengan air panas dan tak perlu tambah gula pun. 

Penghantaran Cepat dan Mudah
Haaa yang paling best nak beli Lazz Susu Kambing ni mudah sangat, tak perlu tunggu lama tau. Hanya layari www.lazzdelivery.com dan buat tempahan, pastu susu akan dihantar terus ke depan pintu rumah korang. Penghantaran pantas sangat, kalau korang order pagi waktu tengahari agen Lazz dah terpacak depan rumah korang. 


Haaa memang tip top kan servis mereka, kita hanya order secara online dan tunggu je dalam rumah. Sepantas kilat agen² Lazz berhampiran tempat tinggal korang akan hantar. Cepat, mudah dan selamat!

Pek Yang Mudah Dibawa
Pilihan Lazz Susu Kambing ni ada 4 perisa iaitu Lazz Asli, Lazz Choco, Lazz Kurma dan Lazz Cafe. Setiap daripadanya ada khasiat tersendiri, dan kalau korang nak beli boleh pilih perisa mana yang disukai. 


Macam Mas suka pilih set kombo Lazz Cafe, Lazz Kurma dan Lazz Choco. Mas pilih set ni sebab untuk Lazz Cafe dan Lazz Kurma dah ada pek  baru berbentuk sachet yang mudah dibawa ke mana saja, nak bawak pergi travel pun senang. Macam Mas bawak bekal tiap² hari ke pejabat, tak perlu bekas besar² hanya campak je 2-3 sachet ke dalam handbag. Harga set kombo ni sangat berpatutan tau, hanya RM120 sahaja. 

Lazz Susu Kambing Untuk Anak²
Selain Mas minum sebagai milk booster, Lazz jugak dijadikan pilihan susu setiap hari untuk anak². Mereka paling suka Lazz Choco, setiap pagi dan malam mesti minum secawan. 


Sebab apa Lazz ni sesuai sangat untuk anak² sebab ianya mempunyai kandungan total sugar paling rendah (kategori less sugar below 5g) dan rasanya jugak paling tidak manis berbanding susu FM. Satu lagi konsep Lazz Susu Kambing ni adalah natural, bukan formula. Ia memang kekalkan khasiat semulajadi susu kambing sebenar, jadi khasiatnya lebih pantas diserap oleh anak². Pastu kalau anak² korang alah dengan susu lembu memang sesuai sangat berikan mereka Lazz Susu Kambing ni!

Haaa memang pilihan yang tepatlah Mas jadikan Lazz Susu Kambing sebagai minuman berkhasiat setiap hari. Bukan saja berkhasiat, nak beli pun mudah sangat. Korang tak terpikat ke nak minum Lazz Susu Kambing ni? Untuk maklumat lanjut boleh layari dan hubungi: 

Instagram: @lazzsusukambinghq
No. Telefon: 013-3083354
Lazz Careline: 1-800-88-5299


15 ulasan:

  1. Hantar sampai depan pintu rumah. Terbaik ni.

    BalasPadam
  2. Lazz Kurma pun ada yg sachet ye? Lagi suka yang macamni.. senang kerja😁 mudah nak bawak ke mana-mana

    BalasPadam
  3. pernah guna servis delivery lazz.. terbaik! depan pintu opis akak lazz hantar

    BalasPadam
  4. wahhh,best juga ada sachet untuk packaging baru ni ye.Ina nak repeat lah,, original pula kali ni

    BalasPadam
  5. Pernah gak guna delivery. Senang dari cari kat kedai. Asyik out of stock je.

    BalasPadam
  6. Sal memang sentiasa ada stok ni kat rumah ... anak-anak pun suka lazz kurma

    BalasPadam
  7. senang ada penghantaran macam nih...anytime stok habis jer boleh call ..tak payah nak pikir pasal nak kena keluar atau tunggu post...paling suka lazzcafe...campur pulak dengan lazzchoco..sedap ooooo

    BalasPadam
  8. servis terbaik. cod smpai depan rumah syoknya

    BalasPadam
  9. senang sekarang, stok susu habis, boleh delivery je depan ruamh..takyah pergi kedai jamu dha..hehee

    BalasPadam
  10. sedap sangat..susu pun bertambh je..hehe..bgi tenaga badan..senang ade delivery mcm ni

    BalasPadam
  11. Sedap kan susu Lazz ni. saya pun suka .

    BalasPadam
  12. waa..terus hantar ke rumah..terbaik servis oleh Lazz

    BalasPadam
  13. I suka Lazz choco & lazz madu, sedap!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com