Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 17 Januari 2019

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash

Assalamualaikum...(^ ^)

Kita sebagai wanita ni bab penjagaan kecantikan dan kebersihan luaran dan dalaman memang perkara yang diutamakan, sebab kalau tak cantik dan bersih boleh jatuhkan imej kita. Lagi satu penjagaan kebersihan bahagian intim pun memang perlu diambil berat, jangan malu sebab itu aset penting kita kan?

Macam Mas memang dah ada pembersih pilihan yang Mas suka, dan pilihannya sudah tentu Manjakani Hygiene Wash dari Cosmoderm. Mas suka pembersih ni sebab ianya beri kesegaran sepanjang hari, jadi barulah rasa lebih bersih dan yakin. 


Tapi bila dah ada anak dara yang semakin besar, Mas kena jugak pilihkan pembersih intim wanita untuk dia, yelah anak dah remaja kenalah jaga kebersihan intim dengan baik kan? Jadi Mas tetap pilih jenama Cosmoderm, dan Soothing Feminine Hygiene Wash adalah pilihan tepat untuk dia. Sebabnya pembersih ni sangat sesuai untuk gadis remaja seperti Atikah tu. Dia pun suka guna pembersih ni sebab buat dia rasa lebih segar dan bersih, terutama ketika datang bulan. 


Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
Kenapa Mas tetap pilihan jenama Cosmoderm, sebab bahan² di dalamnya 100% semulajadi iaitu Aloe Vera, Chamomile dan Tea Tree Oil.  Pastu ianya bebas bahan kimia seperti Paraben, SLS dan SLES serta ianya tidak diuji pada haiwan. Yang paling penting produk ni 100% halal, jadi boleh digunakan tanpa was-was. 


Pembersih ini jugak lembut dan nyaman pada kulit, anti bakteria dan anti kulat yang sangat sesuai untuk gadis remaja dan wanita di semua peringkat umur. Antara kelebihannya ialah:

1. Membantu mengekalkan pH 3.5 yang paling sesuai;
2. Membantu mengurangkan iritasi;
3. Mengurangkan keputihan; dan
4. Memberikan kesegaran sepanjang hari.


Harganya pulak sangat berpatutan, hanya RM16.90 untuk botol 375ml. Pastu ada jugak botol 150ml yang mudah dibawa ke mana saja, dan harganya cuma RM9.90. Nak beli pun mudah jugak, hanya layari laman web rasmi Cosmoderm atau di outlet AEON Wellness, Caring, Watsons dan farmasi komuniti terdekat. Kalau ada promosi boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah tau!

Untuk maklumat terkini pasal promosi dan produk, boleh layari laman sosial Cosmoderm.



8 ulasan:

  1. produk keintiman cosmoderm memang terbaik .. Sal pun dah lama guna especially dan dalam tempoh pantang pun diteruskan

    BalasPadam
  2. bagus dari awal ajar anak dara tentang penjagaan miss v ni..

    BalasPadam
  3. Samalah... Kak nina pun pakai Soothing cosmoderm feminine wash ni. Share ngan Eillya

    BalasPadam
  4. bagusnya produk ni, boleh guna untuk remaja

    BalasPadam
  5. cosmoderm memang sangat best.

    BalasPadam
  6. lin pun guna yang ni... walaupun untuk anak dara, mak dara pakai pun bagus...

    BalasPadam
  7. tempat sembunyi ni memng kene jaga dari remaja lagi..biar helok je..ehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com