Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 10 Januari 2019

Dapat jugak beli Steam Iron

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa mula² saterika Phillips keluar tu, memang teringin sangat nak beli. Tapi bila tengok harga memang tak mampu, nak beli secara hutang pun tak mampu sebab banyak komitmen masa tu. Jadi mampu tengok jelah dan guna je saterika yang sedia ada. 

Tapi bila sering hadapi masalah iron melekat kat baju, memang jadi stress. Puncanya anak² Mas lah, dok gosok baju tapi pakai suhu yang terlebih panas. Bila gosok je kat baju terus melekat, jadi dah mula jadi macam tu memang saterika dah tak elok. Dia akan sentiasa melekat kalau guna suhu yang panas, berapa banyak dah baju dan tudung jadi mangsa. Nak gosok je kena guna suhu rendah, tapi masalahnya baju tak hilang kedut. Huhhhhh stress sangat!


Ikutkan dah 2-3 kali tukar saterika tapi tetap jadi camtu, padahal dah beli yang bagus jugaklah. Tapi biasalah bila anak² ni guna, pesanlah banyak kali pun tetap buat silap yang sama. Haihhh pening mak korang ni haaa, stress bila dok gosok baju kerja pepagi. Payah betul nak hilang kedut seribu tu!

Jadi nekad nak beli Steam Iron, dapat yang lebih kurang Phillips tu pun ok dah. Mas pun pergilah survey kat Seng Heng, sekali nampaklah promosi Steam Iron Tefal ni. Harga takdelah mahal sangat, RM1600++ je dah boleh buat bayaran ansuran. Kebetulan Mas dah takde hutang dengan AEON Kredit, jadi bolehlah mohon lagi. Nak bayar tunai memang bajet takde, jadi buatlah secara ansuran dan bulanan pun hanya RM90 selama 2 tahun.


Haaa dapatlah saterika yang dah lama diidamkan, barulah boleh senyum lebar. Lepas ni dah takde masalah susah dan stress dok iron baju, semuanya dah jadi mudah sebab saterika ni hanya perlu gosok sebelah je dan kedut hilang di kedua² belah baju. Anak² nak guna pun mudah, takde dah masalah baju melekat sebab iron terlebih panas. Pastu ianya selamat sebab kalau terlupa off suis, dalam masa 5 minit dia akan ter off sendiri. 

Yang menariklah masa beli ni ada promosi, dapat percuma Iron Board dan Coffee Maker. Haaa berbaloi sangat! 



3 ulasan:

  1. Dapat iron steamer ni heaven sebab senang sangat kerja nak menggosok baju. Kita guna yang jenis tegak ni, puas hati juga nak guna :D

    http://mommylotte.com/2018/08/06/review-philips-iron-steamer/

    BalasPadam
  2. memang senang sgt-sgt pakai steam iron ni. saya dulu sebelum ada steam iron philips tu, setiap minggu antar baju kat dobi untuk digosok. bila dah beli iron steam, dah tak pergi la ke dobi. memang uas hati giler. btw, kak mas dpt free gift coffee maker tu memang best sangat-sangat

    BalasPadam
  3. mahalnya harga.. huhuu. tak mampu nak beli. tapi yang best dapat dua item free tuuu..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com