terkini dan sensasi

Rabu, 2 Januari 2019

Kembali ke sekolah 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa selamat kembali ke sekolah ye anak², takde dah tidur lewat dan main² ye. Lepas ni dah sibuk dengan homework dan aktiviti di sekolah, mak ayah pun sibuk jugak uruskan hantar jemput anak² di sekolah. 

Anak² Mas semuanya dah besar dan pandai berdikari, jadi Mas takdelah kalut sangat. Tapi Mas tetap jugak ambik cuti, yelah nak tengok mereka di hari pertama ke sekolah. Tahun ni kakak Atikah dah Tingkatan 4, Arfan di Tingkatan 1 dan Airis di Darjah 1. Mas memang tak pergi pun sekolah hantar diaorang, cuma siapkan baju dan makan di rumah je. Husband yang hantar dan uruskan pembayaran yuran. 


Untuk Arfan dan Airis yuran dan buku dah selesai sebelum sekolah buka, jadi husband cuma hantar dah terus balik. Walaupun Airis baru Darjah 1 tapi kami takde pun nak teman dia, biarlah dia berdikari sendiri. Dah besar kan? Alhamdulillah dia dapat biasakan diri, dan yang penting takde drama airmata mahupun drama swasta. Hehehee bukan apa dia ni drama queen sikit!

Arfan pulak dah melangkah ke sekolah menengah, dah nampak lebih matang dan dewasa walau masih banyak main. Mas harap dia mampu belajar dan buat yang terbaik, yelah pelajaran di sekolah menengah sekarang makin susah. Jadi tak boleh leka, kena sentiasa peka dan beri perhatian. Kerja sekolah pun dah ada di hari pertama persekolahan, jadi memang kena struggle sikit. 


Kakak Atikah pulak semuanya dia uruskan sendiri, dah Form 4 pun kan? Mas bagi je duit, dia beli sendiri buku di koperasi dan bayar yuran. Dia masih bersekolah di sekolah yang sama, sementara tunggu keputusan SBP. Kalau dapat memang Mas nak sangat dia masuk SBP, senang sikit dia nak buat persediaan untuk SPM nanti. Kalau takde rezeki takpelah, sekolah sekarang pun bagus jugak untuk dia. Aliran kelas pun dia dah pilih, masuk kelas Sains Hayat. Mas ikutkan je minat dia, moga dia terus berjaya!

Haaa selesai dah urusan anak² sekolah, tak perlu nak kalut lama² sebab semua dah besar. Tinggal Aiyra sorang je lagi lepas ni, 4 tahun lagi kena tunggu. Hehehee moga anak² mama terus maju jaya dalam bidang pelajaran masing²!

3 ulasan:

  1. selamat kembali ke sekolah dan semoga cemerlang dalam akademik..

    BalasPadam
  2. selamat kembali ke sekolah. hehe rindu sekolah !!
    cepatnya masa berlalu.. belajar rajin2 ya =)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com