terkini dan sensasi

Rabu, 23 Januari 2019

Kena berhenti berblog ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

Kenapalah sejak kebelakangan ni susah betul nak menulis kat blog ni, bukan malas atau takde masa tapi takde idea langsung. Diulangi takde idea, beku dan tepu betul otak ni. Kadang² langsung tak boleh nak fikir apa yang nak ditulis, buka blog pastu termenung je tanpa tulis apa pun.

Bila takde idea ni yang paling Mas tak suka, memang buntu dibuatnya. Kalau malas atau takde masa tu boleh lagi diatasi, janji ada idea kan? Kemalasan dan kekangan masa tu boleh dipaksa, tapi kalau idea ni jangan haraplah nak paksa. Kalau dia tak nak muncul, sampai ke esok hari dok fikir pun belum tentu ia akan muncul. 


Bila jadi camni terus terfikir, ke dah sampai masa Mas berhenti berblog. Yelah susah kalau takde idea nak tulis apa, memang jawabnya takde entri lah untuk blog. Lainlah kalau banyak entri kerja, semestinya tiada masalah nak fikir idea setiap hari. Tapi blogger sendu macam Mas bukannya setiap hari ada entri kerja, kalau tak kerah idea untuk muncul alamatnya makin sendulah blog ni. 

Cuma buat masa ni Mas tak sanggup lagi nak berhenti berblog, Mas sayang nak biarkan blog ni berkubur camtu je. Dah nak masuk 8 tahun blog ni bernyawa, jadi tak mudah nak korbankan dia dek kerana takde idea kan? Dah macam² kenangan dan rezeki Mas dapat dari dia, tak akan dengan mudah Mas nak mengalah kan? 

Sebab itulah walau susah dan payah pun Mas nak cari idea untuk tulis satu entri tu, Mas tetap usaha dan fikir sampai dapat. Contohnya macam tulis entri ni, haaa satu idea yang bagus jugak kan? Boleh dijadikan entri jugak, ada lah sedikit manfaat untuk pembaca blog Mas. Yelah kalau setiap hari tulis entri kerja je, mungkin pembaca akan rasa bosan. Jadi kenalah jugak ada entri santai² camni, walaupun entri ni muncul bila penulisnya buntu je. Hahahaa, tu namanya entri on the spot yang tak disengajakan! 

Moga esok senanglah Mas dapat idea untuk menulis, Mas masih nak kekalkan momentum 1 entri sehari ni.

6 ulasan:

  1. normal tu kak memang kadang2 ada masanya kita buntu. kalau tak buntu pun malas melanda.
    its ookay hehe.. ambil masa balik nak up entry. u can dooo it =D

    BalasPadam
  2. Biasalah kak mas, idea ni ada masa dia malu nak munculkan diri. hihih

    BalasPadam
  3. semangat kena kuat. kadang bila baca kat entri blog orang lain, idea terus mai. hehe. jadi kena taip draft dulu la kat phone ^_^

    BalasPadam
  4. uiiii ini pun dah tabik ngan kak mas banyak entri personal,sue suka baca walau tak komen tau heheheh...dari pada entri kejeee je,sue masih tak mampu lagi nak sehari 1 entry tu selalu terbabas azam tu huhuu

    BalasPadam
  5. Yatie ni pun azam 2019 dah gagal terus kak. hahaha

    BalasPadam
  6. JANGAN BEHENTI BLOGGING KAK MAS. rugi. Saya suka baca tulisan kak mas. Mungkin akak kena ambik ruang dan waktu. Cuba renovate template blog, bagi datang aura baru. Cuba blogwalking banyak-banyak, dari situ dapat juga idea untuk tulis entry.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com