Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 4 Februari 2019

Haram dinobat Juara Lagu 33!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Hael Husaini, sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Lagu selepas memegang title tersebut pada AJL32. Ternyata gandingan dia dengan Dayang membuahkan hasil, lirik lagu Haram mampu memikat hari juri.


Mas memang suka lagu² Hael ni, bermula dari Jampi pastu Haram dan seterusnya Hajat. Suka dengan bait² lirik lagu ciptaan dia, penuh makna dan seronok didengar. Ikutkan Mas jangkakan lagu Hajat boleh menang, tapi rupanya Haram lebih menguasai. Persembahan untuk lagu ni pun sangat best, basah pentas dituruni hujan. Ingat menang persembahan terbaik dah!

Untuk Naib Juara dan tempat Ketiga, hanya lagu Misha Omar je yang Mas jangka. Tapi lagu Bunga dari Ara Johari tu memang di luar jangkaan, rasanya macam tak patut je dia menang Naib Juara. Bagi Mas lirik lagu tu takdelah menarik sangat, biasa² je. Patutnya lagu Nisan Cinta boleh menang sebab liriknya menarik, atau pun lagu Hajat. Tapi juri dah memilih kan, kenalah akur.

Untuk Vokal Terbaik pulak, mulanya Mas target Siti Nordiana dan Jacylnn Victor boleh menang, tapi semalam nyanyian mereka kurang padu. Vokal macam tak sampai je, mendatar je nyanyi. Pastu target Siti Sarah pulak, tapi hampa jugak. Terlalu banyak dia ubah melodi lagu tu, terus vokal jadi kurang power. Haaa bila Misha Omar menyanyi terus teka dia akan menang, sebab vokal dia memang padu.

Persembahan terbaik pulak memang layaklah Sufian Suhaimi menang, dapat standing ovation tu. Sebak jugaklah dengar dia nyanyi semalam, terkesan kat jiwa. Pastu isu corak persembahan dia tu tak payahlah nak pertikaikan, itu hak dia. Sama ada dia dah move on dari kisah hidup dia atau tak, siapa kita untuk menyibuk kan. Yang penting dia nak buat persembahan terbaik untuk AJL33 dan dia buktikan dia layak!

Secara keseluruhan AJL33 takdelah gempak seperti Mas jangkakan, persembahan pembukaan dan penutup agak hambar. Pastu ada artis yang bertanding tak all out sangat, vokal pun kurang padu dan persembahan pun kurang mantap. Harap AJL akan datang lagu² yang bertanding lebih menarik, pastu artis yang bertanding berikan persembahan yang lebih terbaik. Jangan ubah sangat melodi lagu tu, sampai jadi ke laut!

Keputusan penuh AJL33!
Juara Lagu: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah | Haram
Naib Juara: Ara Johari | Bunga
Tempat Ke-3: Misha Omar | Sampai Bila

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi | Di Matamu
Vokal Terbaik: Misha Omar | Sampai Bila 

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com