Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 6 Mac 2019

Dua beradik demam serentak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhh minggu lepas dan minggu ni memang sangat struggle dan memenatkan. Haaa tulis blog pun dah ke laut dalam, takde dah 1 hari 1 entri macam sebelum ni. Jadi mulai hari ni nak kejar balik, nak cari balik mood menulis tu!


Mana taknya dua² puteri Mas tu demam on off, bermula dengan Aiyra kena HFMD dan kemudian Airis pulak demam. Pastu Aiyra walaupun HFMD dia dah baik tapi masih demamnya tak kebah², sentiasa kena bagi ubat. Tapi dah bagi ubat pun suhu tak nak turun, terpaksalah hari Isnin tu bawak dua² ke klinik. Suhu sampai 39°, haaa mau tak runsing Mas!

Bila sampai klinik Aiyra kena ambik darah, sebab deman dah lebih seminggu. Nasiblah keputusan darah takde masalah apa², demam virus takde dan platelet darah pun normal. Bukan apa risau denggi je, sebab sekarang musim virus denggi dah menular semula. 

Airis pulak takde kena ambik darah sebab dia baru 2 hari demam masa tu, jadi cuma kena makan ubat jelah sebab suhu tinggi. Pastu ingatkan dah makan ubat suhu turun tapi takde pun, makin panas jugak badan. Sampaikan malam tu suhu dia sampai 40°, huhhh panik kami. Bukan apa risau dia kena tarik je, kaki tangan dia dah kejang sebab terlalu panas badannya. Nasib masa tu Aiyra dah kebah sikit demamnya, takdelah kalut sangat! 


Jadi bila suhu tak nak turun² dan panas pun tak nak surut², Mas basahkan tuala dan bungkus badan dia. Pastu kepala dia Mas basahkan dengan air daun bunga raya, haaa sejam lebih jugaklah kami buat camtu. Barulah turun suhu ke 38° dan panas pun berkurangan, lega kami! 

Alhamdulillah hari ni dua² dah beransur sihat, Aiyra dah pergi taska dan Airis pun dah boleh ke sekolah. Moga mereka berdua terus kembali sihat dan ceria seperti biasa, kalau tak runsing aihhhh anak² demam ni!

6 ulasan:

  1. Get well soon, anak anak mas

    BalasPadam
  2. kesian. semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  3. memang tak senang hati kan bila anak tak sihat,humaira baru ni first time demam panas cecah gak 40 sampai 5 kali berturut hari amik darah,ibunya dulu meraung huhuuu...moga anak0anak terus sihat la hendaknya...

    BalasPadam
  4. memang musim demam kan kak. Anak-anak saya pun demam jugak 2-3 minggu lepas

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com