Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 26 April 2019

Atasi masalah perut kembung dengan Cuka Epal Surya

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni selalu sangat ada masalah perut berangin atau perut kembung kalau tersalah makan, memang rasa tak selesa sangat. Perut rasa sebu sangat, rasa angin tu berkumpul je kat perut dan tak mahu keluar. Nak hilangkan rasa tak selesa tu biasanya Mas akan sapu minyak angin je, tapi makan masa sikitlah nak baik.


Tapi sekarang Mas dah jumpa cara baru nak atasi masalah perut kembung ni, Mas cuba amalkan minum Cuka Epal Surya ni. Banyak dah review Mas baca, katanya ia sangat bagus untuk atasi masalah kembung perut ni. Pastu rasa ia sangat sedap tau, macam minum air Zapel gitu. Haaaaa korang pun kena cuba!

Lagi satu Cuka Epal Surya ni dikatakan bagus sebab ianya diketahui mempunyai enzim dan probiotik semulajadi yang sangat membantu mengatasi masalah penghadaman dan dapat membersihkan usus. Jadi bila minum tu ia akan memudahkan kita membuang serta dapat melegakan perut yang kembung tu.

Selain itu, ada lagi tau kelebihan dan kebaikan Cuka Epal Surya ni. Antaranya adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan;
2. Membantu menurunkan paras bacaan kolestrol dalam darah;
3. Membantu melegakan sakit tekak;
4. Kandungan madu asli di dalamnya dapat membantu menguatkan sistem imunisasi; dan
5. Kandungan epal yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan bagus untuk detoks.


Keistimewaan Cuka Epal Surya (ACV Surya)
1. Dijamin 100% halal kerana mempunyai sijil Halal Jakim dan mendapat kelulusan sijil HACCP
2. Tiada bahan pengawet
3. Menggunakan madu asli tanpa sebarang perasa tambahan atau gula tambahan

Cara pengambilan Cuka Epal Surya
Ia boleh diminum 2 kali sehari selepas makan, atau pun bila rasa perlu sahaja. Campurkan 30ml atau 2 sudu makan Cuka Epal Surya ke dalam 180ml air kosong, kacau sebati dan terus boleh diminum. Nak minum sejuk pun boleh tau, tambah je air sejuk atau beberapa ketul ais batu. Serius sangat sedap weihhh!



Masuk hari ni dah 3 hari Mas amalkan minum Cuka Epal Surya ni selepas sarapan pagi dan alhamdulillah sangat membantu kurangkan masalah perut kembung. Perut rasa selasa sangat dan angin dapat dibuang dengan lancar, takde dah orang nak cakap perut kau buncit macam mengandung pulak kan? Pastu nak membuang pun senang tau, lawas je!

Cara nak beli
Cuka Epal Surya ni ada dijual di butik Himalaya, Watsons dan farmasi² berdekatan kecuali Guardian. Nak beli online kat Lazada pun boleh tau, lagilah sekarang ada promosi beli 2 botol dengan harga RM35 sahaja. Pastu nak lagi jimat korang boleh guna kod diskaun KBBA10 ni, nanti dapatlah diskaun RM5. Haaa sangat berbaloi!



Untuk pertanyaan dan maklunat lanjut, layari:

Facebook: Surya Malaysia
Instagram: Surya Malaysia

12 ulasan:

  1. Sejak Haida amalkan. Alhamdulillah makin serasi dengan perut haida

    BalasPadam
  2. Boleh hilang masalah kembong perot ni.

    BalasPadam
  3. Suka gak cuka apple Surya ni. Sedap!

    BalasPadam
  4. cuka surya ni dah jadi bahan wajib dah kat dapur saya,buh dlam alad dressing campur dengn olive oil dan herb

    BalasPadam
  5. suka jugak minum cuka epal ,dalam banyak2 brand ACV , rasanya nilah acv paling lama ai consume dan tak boleh missed beli setiap bulan.

    BalasPadam
  6. Sedap , qaseh suka buat air hihi tapi kyle la tukang habiskan grrr

    BalasPadam
  7. Cuka Epal Surya ni vuka epal paling sedap pernah rasa..budak2 pun xde masalah nak minum..

    BalasPadam
  8. Nad pun minum air ni.. Firstime rasa memg tajam juga ye.. Heheh.. Tapi sedap sebb ade madu

    BalasPadam
  9. suka sebab tak masam sangat.. lepas ni nk try letak ais la.. nampak best pula

    BalasPadam
  10. Ai minum ni je sekarang bila perut tak selesa.

    BalasPadam
  11. Ai minum ni juga.. Sedap.. masam masam.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com