Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 3 April 2019

Fiesta Belon Panas 2019 mengecewakan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun Fiesta Belon Panas Putrajaya tu dah berlalu 2 hari lepas tapi Mas nak jugaklah kongsi pengalaman ke sana tahun ni. Mas kalau ada masa memang akan bawak anak² tengok belon panas, sebab mereka seronok dan teruja sangat dapat peluang tengok belon² panas ni.



Jadi bila dah setiap tahun ia diadakan dan Mas akan pergi, jadi expection kita terhadap fiesta tu mesti tinggi. Mesti Mas nak tengok fiesta ni lebih menarik dan berbaloi dari tahun sebelumnya, barulah kita semangat nak pergi akan datang. Barulah kita seronok nak kongsi cerita kan?

Tapi apa yang Mas jangkakan tahun ni agak meleset, fiesta kali ni agak mengecewakan. Rasa sangat tak berbaloi pergi tengok, buang masa dan tenaga je. Apa yang Mas kecewa bila sesi petang mereka hanya pasang belon dan display camtu je, takde pun belon dilepaskan terbang seperti tahun² sebelum ni. Siap cakap kalau nak tengok belon terbang datang sebelah pagi, hurmmm boleh jawab camtu. Dia ingat semua orang boleh luangkan masa datang waktu pagi, mana yang bekerja mesti ada masa waktu petang je kan? Bukan Mas je kecewa tapi anak² pun, masam je muka bila tengok belon tu dok statik camtu je!



Pastu masa Night Glow malam terakhir tu, Mas ni bersemangatlah bawak anak². Tapi bila dah lebih 1 jam tunggu, sekali belon panas tak dipasang kerana cuaca tak mengizinkan. Kecewa sangat masa tu, sebab sepatutnya mereka boleh pasang lebih awal semasa cuaca cantik dan elok. Tak perlu nak tunggu jam 9 malam baru sibuk nak pasang, sekali apa pun takde. Hanya tengok api sahaja dipasang ikut rentak lagu, apooooo! Paling simpati pada pengunjung yang dah bayar untuk tengok secara dekat tu, habis camtu je duit. Tak tahulah pihak penganjur refund atau tak!


Sepatutnya pihak penganjur kena prihatin atas perkara ni, sebab yang buatkan program mereka berjaya adalah para pengunjung. Jadi kena buat mereka terhibur dan rasa berbaloi bila datang, tak perlu ikut sangat apa yang dah mereka tetapkan. Bila pengunjung dah ramai patutnya mereka teruskan je acara tu, tak perlu tunggu. Sebab kita tahu acara belon panas ni bergantung pada cuaca, kalau cuaca tak elok memang tak boleh nak diteruskan. Jadi masa cuaca elok dan orang dah ramai nak tengok, teruskan je dan tak perlu tunggu. 

Harap pihak penganjur ambik iktibar dan dapat perbaiki kelemahan² yang berlaku. Bagi Mas tak sepatutnya perkara camtu berlaku dia program yang dah 10 tahun berlangsung ni, patutnya ia lebih menarik dan kebabom. Bukan takat nak duit dari para pengunjung je!


4 ulasan:

  1. Betul tu, buat masa ni event apa pun kena tengok cuaca bukan ikut masa mereka..kalau ikut masa, memang tak le nak dapat cuaca eloknya...kalau kata ikut cuaca, mungkin bolehlah terima kan, sebab cuaca tak menentu...

    BalasPadam
  2. tapi belon ni bahaya kan? pernah ada kes dulu.Pecah kemudian tak pasti ada yg jadi mangsa atau tidak.Seeloknya,tak payah lah datang untuk aktvt macam ni.

    BalasPadam
  3. tak pernah pi pesta belon panas

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com