terkini dan sensasi

Rabu, 8 Mei 2019

Ragam Airis berpuasa!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun ni Airis dah umur 7 tahun, jadi Mas pun nak dia belajar berpuasa tahun ni. Bukanlah nak paksa dia berpuasa penuh setiap hari, tapi nak dia lebih tahu apa erti berpuasa dan kenapa kena berpuasa. Nanti bila dia dah besar dia akan mampu dan boleh berpuasa sendiri tanpa dipaksa.

Masa hari pertama berpuasa dia memang semangat, bangun sahur dan makan nasi. Tapi sampai je pukul 12.30 tengahari dia dah minum susu sebotol, hahahaa! Pandai pulak dia buat susu sendiri, babahnya tengok dah syok membotol. Hehehee dia mana boleh tahan kalau nampak botol susu tu, cuma takpelah janji dia dah mampu tahan berpuasa sehingga ½ hari. 


Hari kedua pulak dia sendiri cakap dengan Mas, nak puasa penuh. Bangun sahur siap makan nasi goreng, makan lepat pisang, pastu minum susu sebotol. Haaa banyak makan tu, jadi Mas haraplah dia dapat bertahan. Tapi macam hari pertama jugak dia hanya mampu tahan hingga ½ hari, pastu dah ngadu lapar dan dahaga. Takpe, hari ketiga Mas suruh dia cuba lagi.

Masuk hari ni dia janji nak cuba lagi berpuasa penuh, Mas bagi semangat kat dia dan harap dia boleh. Sampai balik sekolah, alhamdulillah dia masih berpuasa. Tapi tetiba tepat je pukul 6 petang dia dok minum air, katanya tak tahan dahaga sangat. Memang sayanglah sebab lagi 1 jam setengah je nak berbuka, tapi takpelah sekurang²nya dia dah mampu bertahan hingga dekat waktu berbuka. Mungkin esok lusa dia mampu berpuasa penuh hingga ke 30 Ramadhan!

Camtulah ragam Airis belajar berpuasa, walau tak dapat penuh berpuasa sehari tapi dia ada semangat nak mencuba. Mas memang ajar anak² mula berpuasa seawal umur 7 tahun, cuma pada umur tu memang Mas tak paksa mereka berpuasa penuh tapi lebih kepada belajar untuk tahan diri dari lapar dan dahaga. Bila mereka dah mampu dari segi mental dan fizikal, mereka akan berjaya berpuasa penuh tanpa dipaksa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com