Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 9 Mei 2019

Senangnya ada Air Fryer ni!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah, Mas memang dah lama teringin nak ada Air Fryer ni. Nak beli sendiri tu memang fikir 2-3 kali, bukan tak mampu tapi benda camni cuma kehendak je. Kalau ada tu memanglah seronok jugak kan, hehehee! 


Lagi satu bukannya apa bagi Mas ia memudahkan kerja memasak, dan satu lagi sangat mudah untuk masak menu sihat. Yelah kalau nak goreng, grill atau panggang guna Air Fryer ni tak perlu guna minyak. Jadi sangat sesuai untuk Mas yang berdiet ni!

Haaa angan punya angan nak ada, akhirnya jadi kenyataan bila Mas menang cabutan bertuah hari tu. Tak sangka sangat rezeki nak dapat, jadi memang jimat masa kalau nak memasak. Tak perlu lama² hanya 10 ke 20 minit dah siap, tak perlu nak tunggu² tepi dapur. Cukup masa apa yang dimasak dah siap!

Anak² Mas pun boleh guna, sebab ianya tak bahaya. Takde guna api atau minyak panas, letak je kentang atau nugget pastu set suhu dan masa, haaa dah boleh masak. Lagi sedap tau, makan pun tak muak sebab takde guna minyak. Anak² suka sangat, bila² masa mereka boleh masak sendiri. Pastu Mas pun takdelah risau kalau tinggal mereka kat rumah memasak sendiri, semuanya selamat.



Hari tu husband buat Ayam Panggang Ala² Kenny Rogers, haihhh mudah sangat tau. Perap je dalam 4 jam lebih, pastu panggang je dalam Air Fryer ni selama 20-25 minit dengan suhu 200°C. Cantik sangat masaknya, sama rasa dan rupa macam ayam Kenny Rogers tu. Lepas ni kalau nak makan tak perlu dah ke Kenny Rogers, beli ayam seekor dah puas kami 6 beranak makan. Terima kasih my lucky Air Fryer!

2 ulasan:

  1. Kak mas sep! juju pun suka guna air fryer ni sis...mudah kerja...tgk ayam seekor tu rasa nak buat jugalah haha

    BalasPadam
  2. saya pun baru beli masa mula-mula puasa hari tu. memang sangat-sangat senang nak memasak menu berbuka puasa

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com