Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 25 Julai 2019

Hilang 5kg dengan GM Diet

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa semalam tamatlah misi 7 hari GM Diet yang Mas cuba buat kali pertama, alhamdulillah berjaya ikut menu² yang ditetapkan. Bagi Mas senang dan mudah je nak amalkan, janji kita disiplin dan bersemangat nak mulakan. Nanti bulan depan Mas akan buat lagi, best!


Best sebab tak sangka dapat hilang 5kg dalam masa 7 hari, memang satu yang tak disangka. Kalau Mas diet biasa agak susah nak hilang sebanyak tu dalam masa 7 hari, sebab kadang makan ada yang terbabas. Bila buat GM Diet ni memang disiplin sangat bab makan, sebab itu boleh turun banyak dalam masa seminggu. 

Senaman Mas buat jugak selepas hari ke-4, buat kardio je kat rumah. Pastu badan Mas ni memang lagi cepat turun berat kalau jaga makan, tak senaman sangat pun tak apa. Sebab itulah kalau Mas tak kawal makan, memang berat mudah sangat naik. 


Tau tak lepas raya tu memang takut nak timbang, sebab rasa berat memang naik banyak. Tapi nak mula GM Diet memang kena timbang, yelah nak compare berat sebelum dan selepas. Sekali naik penimbang, 74kg kooooo! Haaa rasa nak nangis tau, sebab lepas Mas mula diet tahun 2015 dulu tak pernah naik semula seberat tu. Paling berat 70kg je!

Bila dah tengok berat camtu, memang tekad dan nekad nak buang sekurangnya 4-5kg dengan GM Diet. Alhamdulillah tak sangka berjaya buang 5kg, dari 74kg sekarang dah 69kg. Lega nampak angka 6 kat depan tu! Inci pun dah kurang dalam 2-3 inci dan perut pun takdelah nampak buncit sangat. Lepas ni target nak capai 63kg pulak, akan konsisten setiap bulan buat GM Diet ni! 

Dah habis 7 hari GM Diet, Mas akan konsisten jaga makan. Akan cuba eatclean setiap hari, dan amalkan IF jugak. Tak nak dah cecah sampai 74kg tu, seram woiii naik penimbang! Pastu nak cuba kecilkan lengan dan peha ni, banyak sangat lemak degil! Yelah berat berkurangan pun kalau lemak masih banyak tak guna jugak kan?

6 ulasan:

  1. SA ada gastrik dan Gerd, tapi memang kawal pemakanan..serik dan rimas ngan 2 masalah ni...masa bulan puasa SA puasa ok plak takde angin ke..takde masalah lain pun..lepas raya ari tu start sakit balik..SA x menikmati pun juadah raya sebab x tahan ngan masalah x selesa perut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hacking sangat mudah kerana ia dilakukan dalam filem yang kita tonton, Hacker benar-benar dapat melakukan semua perkara yang kita lihat, seperti melanggar ke dalam rangkaian untuk mendapatkan akses ke fail tertentu, mencuri fail tersebut, memantau pengguna aktif, memadam fail dan banyak lagi.

                    BAGAIMANA HACKING REALLY WORKS
           Hacking mudah dilakukan dengan menggunakan program tertentu (Virus komputer, Spywares, Trojans, Malwares) untuk mendapatkan akses dan kawalan ke atas πŸ’» dan Cell πŸ“². Program-program ini direka untuk memecahkan pertahanan komputer tanpa pengguna walaupun mengetahui.

                           PERKHIDMATAN TECH COPE
          COPE TECHS adalah sebuah organisasi yang boleh dipercayai dan dihubungi jika anda memerlukan perkhidmatan Hacking. Matlamat kami adalah untuk tidak membantu individu yang mempunyai masalah teknologi dan bukan untuk tujuan Pencurian. Kami menjamin anda sebagai jaminan kerja kami dan tanpa sebab, kerja kami untuk anda terdedah kepada orang lain. Buktikan kerja kami pada masa lalu akan ditunjukkan kepada anda tetapi sila perhatikan bahawa individu yang kami lakukan untuknya tidak akan didedahkan kepada anda.

          PERKHIDMATAN HACKING KAMI BOLEH MENAWARKAN ANDA
      Tidak ada batasan apa yang boleh kami lakukan untuk anda tetapi kami mempunyai sekatan dalam perkara yang boleh kami lakukan. Kerana tidak ada sebab kami akan membantu anda dalam Perompak atau Mencuri sekiranya ada barang dan harta benda lain, sila letakkan dalam fikiran.
          Berikut ialah senarai perkhidmatan yang Diluluskan:
      * Pemantauan Telefon πŸ“± atau Komputer πŸ’» untuk tujuan pemantauan E-mel, Mesej teks, Panggilan telefon, Social Media Chats, jika disangka pasangan anda menipu atau melakukan sesuatu yang tidak baik dengan anda.
      * Pembayaran balik hutang kepada Bank dan Syarikat Pinjaman lain, Ya dengan bantuan pertambangan Bitcoin we kami telah membantu banyak orang membayar hutang.
      * Menukar Gred University untuk pelajar-pelajar, kita boleh membantu dengan ini kerana kita tahu bagaimana belajar keras boleh dan kita semua tahu bahawa tanpa gred individu yang baik adalah terhad kepada jenis pekerjaan yang mereka dapat menjamin. dan banyak lagi.
           Sekiranya anda tidak mencari Perkhidmatan yang anda perlukan untuk bertanya kepada kami dan jika ia tidak melanggar peraturan kami, kami akan membantu anda. Kenalan dibuat hanya melalui e-mel ini membantu kami kekal selamat dan tidak boleh dipercayai.
      Hubungi-:
      copetechs@gmail.com

      Padam
  2. wah menarik...saya pun kalau control makan mesti turun berat badan..herm tkleh jdi,kene jadi semangat mcm akk! hehe

    BalasPadam
  3. Teringin nak try GM diet tapi takutr perut tak tahan... Tapi nak kena cuba gak le tengok Mas kata ok je. Selam ni buat IF je..

    BalasPadam
  4. Seronoknya bila berdiet lepas tu timbang berat turun. Migha dah berapa lama dok kata nak diet. Hurm

    BalasPadam
  5. Wahh tahniah kak mas, memang padu lah menu akak dgn GM diet ni...terbaikkk!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com