Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 30 Ogos 2019

17 tahun cinta!

Assalamualaikum...(^ ^)

Happy 17th Anniversary Husband!
Love you 1 million!


Alhamdulillah, Allah masih panjangkan jodoh kami berdua. Moga hubungan cinta ini akan terus kekal bahagia dan terpelihara sehingga ke syurga. Tiada lain yang kami mintak, moga kami terus saling sayang menyayangi.

Anniversary kali ni takde pun buat majlis istimewa, cukup sekadar doa moga hubungan terus berkekalan. Pastu kami ambik peluang pergi dating berdua, kebetulan Mas ambik cuti. Dah lama tak keluar berdua, yelah sejak ada anak² merekalah peneman setia. Jadi bila semuanya bersekolah, Mas dan husband ambiklah peluang dating berdua. Hehehee, bukan selalu kan?


Dapatlah makan berdua, pastu pergi tengok filem Sangkar. Syok jugak sekali sekala keluar berdua, dapat eratkan lagi hubungan tu. Bukan nak kata dengan anak² tak erat tapi sekali sekala kenalah ada masa berdua kan? 

Hadiah memang takde! Kami ni memang jarang beli hadiah bila tiba birthday atau anniversary, sekali sekala tu ada lah. Tapi kalau ada rezeki lebih kami belilah jugak sebagai tanda kasih sayang, tak semestinya takde hadiah kita tak ingat kan! 

Selamat Ulangtahun 17 tahun cinta!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com