Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 1 Ogos 2019

Jarang dah update blog!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa ramai jugak yang tanya, Mas dah jarang update blog ke sekarang. Mana taknya kalau tahun lepas setiap hari pembaca akan tengok entri Mas, mesti akan muncul. Kalau tak menulis satu hari tu rasa tak lengkap je rasa!


Tapi sejak masuk tahun 2019 ni entah kenapa Mas jarang sangat menulis, susah nak cakap kenapa. Padahal kadang idea tu ada tapi nak mulakan mengarang tu macam takde mood je, pastu terus tak menulis sampai berhari². Kadang² tu bila ada semangat nak menulis, kekangan masa pulak. Haihhh banyak alasan kan, hahahaa!

Pastu ada masa tu, tiba je bulan baru nekad nak konsisten menulis setiap hari. Tapi bila lepas 2-3 hari rajin, tetiba mood ke laut. Itu yang sebulan tak sampai 10 entri pun, macam bulan Julai ada 4 entri je. Jumlah entri tahun 2019 pun tak sampai 100 lagi, baru 69 entri je. Rasa sedih jugak bila tengok, sebab kalau nak dibandingkan dengan tahun² sebelumnya semua cecah 200 lebih entri untuk setahun.

Sebab itulah Mas dah jarang sangat ambik job blogger, sebab Mas tahu blog dah jarang update. Rasa macam tak sedap hatilah kan, blog malas update tapi bila ada job kaut jugak. Yelah kesian kat client kan, dia mesti bagi job sebab blog kita ramai pembaca. Ni bila dah jarang update mestilah pembaca pun kurang, sebab itulah Mas malas nak ambik entri kerja sangat. Tunggu dah selalu menulis nanti, baru aktif semula!

Harap bermula bulan Ogos ni, Mas kembali aktif semula berblog. Memang nak cuba rajin seperti dulu, sayang blog ni berkubur begitu je. Moga Mas akan semangat dan istiqomah untuk menulis setiap seperti dulu!

2 ulasan:

  1. Hope kembali menulis ... :))

    BalasPadam
  2. saya pun sama, mood mneulis ke laut sekarang. huhu. Harap-harap kak mas kembali rajin update blog. my inspiration. hehe. saya selalu baca blog kak mas..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com