terkini dan sensasi

Selasa, 27 Ogos 2019

Kenapa pilih produk Himalaya: Bowel Wellness dan Women Wellnes

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang jarang ambik supplemen, tapi sejak umur dah masuk 40an bagi Mas penting jugak untuk amalkan pengambilan supplemen ni. Bukannya kita nak bergantung 100% padanya, tapi sebagai makanan tambahan untuk kesihatan tubuh badan kita. 

3 minggu lepas Mas ada cuba amalkan ambik 2 supplemen dari Himalaya Wellness ni, iaitu Bowel Wellness dan Women Wellness. Kenapa Mas pilih produk Himalaya sebab Mas dah pernah guna beberapa produk Himalaya, ternyata ianya bagus dan serasi dengan Mas. Lagi satu produk Himalaya Wellness ni tiada campuran, boleh tengok label No Added tu. Pastu dijamin HALAL dan 100% bahan semulajadi! 


Masalah susah membuang?
Korang ada tak hadapi masalah susah nak membuang, Mas ni kadang² tu ada jugak kalau terlebih makan macam² atau tersalah makan. Bila susah tu perut rasa tak selesa sangat, rasa kembung dan sebu je.

Biasanya Mas minum Green Tea untuk lawas dan setiap hari banyakkan pengambilan makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan. Cuma kadang tu ada masa perut meragam, maka susahlah nak lawas. Jadi masalah tu memang mengganggu perut dan sistem penghadaman pun kurang memuaskan.



Bila tahu pasal produk Bowel Wellness ni teruslah Mas cuba. Ramuan Triphala di dalamnya dapat membantu aliran usus normal. Jadi kalau susah nak membuang Mas akan ambik 1-2 bijik kapsul selepas makan dan alhamdulillah esok paginya akan lawas membuang. Tapi penting bila makan supplemen ni kena minum air secukupnya!

Antara kebaikaan lain adalah:
1. Melegakan perasaan sembelit
2. Membantu proses perkumuhan usus
3. Menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus
4. Melancarkan sistem pencernaan serta bertindak sebagai anti bakteria


Badan bertenaga dengan Women Wellness
Sebagai ibu dan wanita bekerjaya Mas kena sentiasa sihat dan cergas, lagilah di usia dah 40an ni kesihatan tu amat penting. Selain jaga pemakanan bagi Mas pengambilan supplemen untuk kesihatan dalaman jugak penting. 

Jadi pengambilan kapsul Women Wellness ni sangat membantu, ia dapat mengurangkan keletihan serta mengimbangkan hormon untuk wanita. Walaupun Mas bangun seawal jam 4 pagi setiap hari, pastu bekerja lebih kurang 10 jam di pejabat dan memandu 70km pergi balik kerja tapi Mas masih bertenaga bila di rumah. Takdelah badan rasa letih dan lesu sangat! 

Pastu kandungan Shatavari di dalamnya sangat bagus untuk ibu yang melahirkan anak dan memyusukan anak. Antara kelebihannya:
1. Membantu memulihkan badan ibu selepas proses melahirkan
2. Membantu ibu baru untuk menyusukan anak
3. Menggalakkan pertambahan susu ibu
4. Bertindak sebagai milk booster



Haaa sebagai milk booster ni memang Mas akui sebabnya Mas masih menyusukan Aiyra dengan susu badan walaupun dia dah minum susu formula. Tapi susu Mas tetap ada dan Aiyra masih dapat menyusu dengan puas kalau dia tak minum susu botol. 

Jadi kalau korang nak cari supplemen yang sesuai sebagai makanan kesihatan bolehlah pilih produk Bowel Wellness dan Women Wellness dari Himalaya. Ia boleh dibeli kat butik² Himalaya, farmasi, Watsons atau secara online di Shopee. Pastu untuk info lebih lanjut boleh layari laman sosial media Himalaya Malaysia.

Instagram: @himalayamalaysia

13 ulasan:

  1. nad pun tengah ambil dua-dua ni..bowel memng bgus sebb nad lepas ambil, terus buang denagn elok..hehee..shatavari tu pun best je..

    BalasPadam
  2. Macam menarik pulak tgk brg2 Himalaya nih..

    BalasPadam
  3. Himalaya punya produk memang best! Terbaikk

    BalasPadam
  4. Qaseh suka shatavari n triphala ni, supplement bagus untuk cuba, lagipun bahan kandungan herba so tak dela risau sangat hehe

    BalasPadam
  5. Badan kita mmg kena selalu detoks barulah sedap sikit bdn kita ni.

    BalasPadam
  6. Nak cuba gak lah nanti. Setakat i dok guna produk Himalaya, semua serasi.

    BalasPadam
  7. Suka produk Himalaya Wellness sebab serasi dengan badan juju luaran dan dalaman.

    BalasPadam
  8. kita pun consume bowel tu..mmg terbaik lah,..:)

    BalasPadam
  9. Sal pun tengah consume women's wellness .. seriously serasi dengan badan. Tak risau dah nak cari booster ..terbaik !!

    BalasPadam
  10. Produk Himalaya banyak yang bagus-bagus.

    BalasPadam
  11. salam kak mas..

    yaya pun da try 2-2 produk ni. mmg bgus.
    lebih-lbih lagi yg khas utk wanita tu. mmg SUPERB! ^o^

    BalasPadam
  12. Haida try dah bowel... Sekarang lancar je. Alhamdulillah

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com