Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 3 Disember 2019

Aiyra tukar taska

Assalamualaikum...(^ ^)

28/11 hari tu adalah hari terakhir Aiyra dijaga oleh cikgu² di taska, mulai tahun depan dia akan bertukar ke taska baru. Taska lama dia dah nak tutup sebab ada sorang pengasuh akan berhenti, pengasuh ni yang paling rapat dengan Aiyra. Dia jaga Aiyra dari umur 6 bulan, haaa memang dia paling sedih masa hari terakhir dengan Aiyra tu.


Pengasuh ni orang Indonesia, jadi dia akan balik ke sana sebab permit dah tamat tempoh. Walaupun orang sana tapi dia sangat bagus bab jaga anak², semua rapat dengan dia. Kat taska tu anak² panggil dia bibik, Aiyra memang kesayangan dia lah. Memang patut dia sedih, dah lah lama jaga Aiyra dan paling rapat pulak tu. 

Kalau ikutkan cikgu dia nak sambung perkhidmatan taska tu, tapi disebabkan susah nak cari pengasuh yang bagus maka kenalah tutup. Mereka hanya buka tadika sahaja untuk anak² usia 4-6 tahun, disebabkan Aiyra baru 3 tahun next year jadi tak bolehlah terus kat situ. Kenalah bertukar ke taska baharu!

Mula² tau taska ni nak tutup, Mas dan husband risau jugak. Meratalah kami tanya untuk kekosongan taska tahun depan, dan pilihan pertama kami mulanya Taska Bomba Cyberjaya tu. Tapi awal² kakak pemilik taska dah bagitahu, tahun depan tiada kekosongan. Jadi Mas pun cubalah tanya taska kat KKM ni, berharap sangat ada lagi tempat kosong.


Bila jumpa penyelia taska, dia kata isi borang dan mohon dulu. Berjaya atau tidak dia akan maklumkan pada hujung November, jadi Mas tawakal je isi. Alhamdulillah masa minggu terakhir November tu, penyelia taska maklumkan permohonan Aiyra diterima dan berjaya. Fuhhh lega sangat, takdelah pening nak fikir mana nak hantar dia tahun depan. 

Bulan Disember ni Mas dah tak hantar Aiyra ke taska walaupun operasi taska dia tu masih ada. Mas suruh kakaknya yang jaga, cuti sekolah kan jadi biarlah dia jaga adik. Mulai tahun depan Mas pulak yang akan uruskan penghantaran dia ke taska, senang sikit sebab taska dekat dengan pejabat. Harap Aiyra dapatlah biasa kan diri dengan taska baru, moga dia serasi kat situ! 

4 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan aiyra kat taska baru nanti. inshaAllah aamiin ^_^

    BalasPadam
  2. arap aiyra ok je kat taska baru.. =)

    BalasPadam
  3. semoga Aiyra dapat sesuaikan diri dekat taska baru tu..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com