terkini dan sensasi

Khamis, 26 Disember 2019

Cuti² Langkawi 2019: Dataran Lang

Assalamualaikum...(^ ^)

25/12/2019 kami selamat tiba di bumi Langkawi, kali ni seperti biasa kami bawak masuk kereta. Bagi Mas lebih mudah dan kos pun sama je kalau naik kapalterbang atau naik feri, malah lebih jimat. Pengalaman tu boleh baca di entri masa Mas ke Langkawi tahun 2018, pengalaman bawa masuk kereta ke Langkawi.



Alhamdulillah cuaca di Langkawi baik, jadi sangat memudahkan program jalan² kami. Kali ni kami memilih hotel bajet je, sebab percutian pun bajet jugak. Nanti Mas review kat entri lain pasal penginapan kami di sini selama 5 malam, selesa dan harga pun berpatutan. Mas tempah melalui booking.com je, sangat sesuai untuk kami 6 beranak sekeluarga.

Hari pertama tiba di Langkawi kami hanya jalan² di Dataran Lang pada sebelah petang. Tapi datang kali ni dah agak berbeza keadaan di sini, dah siap ada aktiviti di dataran tu. Ada disediakan perkhidmatan pelbagai jenis basikal dan kereta mainan untuk keluarga dan kanak². Ia boleh disewa dengan harga RM10 ke RM20 mengikut jenis selama 10 minit. Bagi Mas tak berbaloi sangat, kalau anak ramai memang banyak boleh habis.


Pastu nak rakam gambar kenangan di Eagle Square kali ni agak sukar, sebab pengunjung sangat ramai. Memang kena pandai cari peluang dan angle yang cantik, pastu kena banyak bersabar sebab ada je yang tak faham bahasa. Kita dah elok posing nak ambik gambar, tetiba dia muncul kat depan tanpa cakap apa². Haishhh memang geram dibuatnya, tak boleh nak sabar dan tunggu giliran. Tapi berkat kesabaran dapat jugaklah kami rakamkan gambar yang cantik!



Sebelah malam pulak kami tak lepaskan peluang jalan² di pasar malam kat pekan Kuah. Nak cari lokasi pasar malam ni senang je, landmark dia berdekatan denga Baron Hotel. Macam² jenis makanan dan minuman ada, pilihan pakaian pun banyak. 

Haaa itu sajalah aktiviti hari tibanya kami di Langkawi, nanti Mas sambung cerita hari kedua pulak. 



2 ulasan:

  1. lawa gambar kak mas , fully capture helang tu.. un kalau p ..mls nak jln ke sana..biasa p situ dh panas

    BalasPadam
  2. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti dan mendapat Sijil HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)
    6 - Tiada bayaran bulanan
    7 - Lebih 15 Model penapis air / water filter / master filter / water cooler dan lain2

    HARGA bermula dr RM699

    KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click https://wa.me/60178895990

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com