Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 29 Disember 2019

Cuti² Langkawi 2019: Langkawi Wildlife Park

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali datang ke Langkawi memang nak bawak anak² ke Wildlife Park ni sebab mereka sukakan haiwan, cuma kekangan masa tu yang membataskan. Jadi pergi kali ni Mas susun masa betul² dan akhirnya dapat jugak bawak anak², terujalah diaorang.


Tiket masuk ke Langkawi Wildlife Park ni bagi pemegang mykad ialah RM24 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak². Pastu korang boleh beli makanan untuk haiwan, RM6 satu pek. Makanan tu boleh diberikan makan pada haiwan² yang dibenarkan sahaja seperti burung kakak tua, arnab, kambing, burung unta, itik, ikan dan rusa. Sambil bagi makan tu bolehlah anak² bermain dan menyentuh haiwan² ni.




Lagi satu kami bernasib baik masa masuk tu sebab dapat saksikan sendiri pekerja di situ memberi makan buaya. Buaya² disitu makan ayam setiap 2 kali sehari, tapi untuk seekor buaya tembaga seberat 1 tan ia akan makan 2 ekor ayam setiap kali waktu makan. Pastu 3 orang pengunjung jugak diberi peluang mencuba beri makan kepada buaya² ni, haaa husband Mas pun tak lepaskan peluang cuba.


Kalau korang yang berani dan sukakan ular bolehlah pegang dan bergambar dengan ular sawa dan ular albino ni, tak dikenakan apa² bayaran. Mas memang taklah nak bergambar, nak dekat dan pegang pun dah geli, tapi Aiyra berani pulak dia pegang ular² tu. Eeeee mama pulak yang geli geleman, hahahaa!



Pastu kalau bernasib baik boleh jugak tengok burung² merak kembangkan sayapnya yang cantik tu. Tapi berlagak merak ni, bila orang panggil² dia pusing ke tempat lain. Hala je kamera nak ambik gambar barulah dia tunjukkan sayapnya sambil kembang²kan lagi. Sukalah tu orang ambik gambar dia, perasan cantiklah tu!


Jadi untuk korang yang ada anak² pencinta haiwan bolehlah datang ke Langkawi Wildllife Park ni. Harga tiket pun berpatutan dan tempat parkir kereta pun luas. Tak kisah nak masuk waktu pagi, tengahari atau petang sebab ianya berbumbung dan tidak panas.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com