Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 23 Disember 2019

Gegar Vaganza 6 : Konsert Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa, 2 juara

Serius rasa terkilan sangat sampai sekarang, sia² je rasa berdebar tu saat tunggu siapakah yang dinobatkan sebagai Juara GV6. Rugi je rasa korban masa setiap minggu, beri sokongan tanpa henti tapi ini yang diberikan. 


Apa pun keputusan juri memang kita tak boleh halang, sebab mereka lebih professional kan? Cuma walaupun juri rasa dua² hebat dan terbaik atau sebetulnya Astro dah rancang semua dari awal tapi tetap kena ada "The Best" dan ada 1 Juara je. Kesianlah dekat peminat yang sokong tiap minggu ni. Memanglah penonton tak mengundi dan tak keluarkan duit, tapi sokongan tak henti² tu harus dibalas dengan setimpal kan?

Macam Mas yang tak pernah missed tengok dari minggu pertama lagi, memang rasa tak best tau! Dari minggu pertama Mas dah nampak Naqiu ada peluang untuk kekal hingga ke final, dan tak dinafikan Mas memang target dia sebagai calon juara. Setiap minggu dia berikan yang terbaik dan apa yang dia persembahkan akan diingati, boleh dikatakan setiap hari dok ulang tengok video² persembahan dia kat Youtube. 


Bila malam final semalam, solo dia battle dia sangat terbaik dari Hardy. Yer tak dinafikan Hardy pun bagus cuma persembahan dia takde wow, takde xfactor dan takde jiwa berbanding Naqiu. Masa battle pun Naqiu lebih bagus berbanding dia, jadi sebab tu Mas yakin 100% Naqiu akan jadi Juara GV6. 

Dan apa pun penjelasan juri² dan Astro sepatutnya tiada 2 juara, mereka kena buat pilihan walaupun rasa sukar. Kalau pun markah sama, kena tengok semula apa kelebihan masing² selama 10 minggu tu. Siapa lebih menyerlah dan terbaik! Lets choose the best among the best, barulah adat pertandingan kan? Janganlah nak bandingkan dengan Sukan Sea pulak yang ada 2 peserta dapat pingat emas, itu mereka bertanding on the spot. Ini dah 10 minggu dok berentap, susun strategi nak berikan yang terbaik. Tup² dah sampai akhir ada 2 juara pulak, apooo hal!


Yer bebel panjang pun tak guna kan, keputusan siapa boleh ubah. Tapi bagi Mas Naqiu tetap satu²nya Juara yang layak, he is gifted! Moga Naqiu terus maju jaya dan tak sia²kan bakat yang Allah bagi, beri semula sinar pada kerjaya Naqiu. Insya Allah Naqiu akan kekal di persada seni sampai bila²! 

Keputusan penuh GV6 yang mengundang sangat, jadi Mas nak letak camni. Hahahaa suka hati ai lah!

Juara 1 | Naqiu
Juara 2 | Hardy Mirza
Tempat Ketiga | Jatt
Tempat Keempat | Nurfatima
Tempat Kelima | One Nation Emcess
Tempat Keenam | Sham Visa

1 ulasan:

  1. Tahniah naqiu dan hady mirza..22 sama hebat..btw jmput snggh dan follow blog sy..https://aimanziyad.blogspot.com/2019/12/sahut-cabaran-30-hari-dengan-jeanc.html

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com