Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 2 Disember 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Ke-8

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sepatutnya minggu ni dah konsert final GV6, tapi bila ia dilanjutkan ke 11 minggu maka para peserta kena terus berjuang


Kali ni menyaksikan Roy menjadi peserta yang disingkirkan kerana mendapat markah paling rendah. Pendapat Mas sebenarnya Roy agak bagus persembahan dia berbanding Wann dan Sham Visa, jadi sepatutnya dia tidak tersingkir. Mas dah ingatkan Sham Visa bakal disingkirkan sebab persembahan dia agak hambar, vokal pun kurang mantap. Tapi siapalah boleh menidakkan keputusan juri kan?

Naqiu terbaik, ye dia memang layak jadi juara GV6 ni. Mulanya Mas agak risau, boleh ke dia nyanyikan lagu Percayalah sebab ianya lagu balada yang mendayu² dan payah penyanyi lain nak tandingi suara Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tapi Naqiu buktikan dia mampu, dia berjaya nyanyikan lagu tersebut dengan baik mengikut cara tersendiri. Vokalnya yang serak² basah tu menjadikan lagu tersebut sedap didengar. Nampaknya Naqiu dah buktikan dia mampu nyanyikan lagu wanita dengan baik!


Persembahan menarik pulak Mas berikan pada One Nation Emcees, semua orang tersentuh tengok persembahan mereka. Mereka berjaya buat para penonton menitiskan airmata, Mas pun nangis tau! Yang mampu berikan saingan pulak adalah Jatt dan Hardy Mirza, kedua² punyai vokal yang mantap jugak. 

Jadi minggu depan akan berbalik kepada minggu suku akhir sekali lagi. Bertemakan Lagu Hits iaitu lagu² yang dihasilkan oleh komposer terhebat, 8 peserta bakal berentap untuk buktikan mereka terbaik dan mampu hingga ke konsert akhir. 

Inilah senarai lagu² yang diberikan kepada mereka, dan lagi sekali Naqiu diberikan lagu wanita yang bakal menguji kemampuannya. Pastu irama malaysia pulak tu, tak sabar nak tengok ni! 

Jatt | Mimpi Laila (Yasin)
One Nation Emcees | Hati Emas (Datuk M. Nasir)
Naqiu | Tinting (Noraniza Idris)
Norshila Amin | Ahai Usahlah (Norshila Amin)
Hady Mirza | Taman Rashidah Utama (Wings)
Nurfatima | Jangan Lafazkan (Kru)
Sham Visa | Dari Sinar Mata (Bumiputera Rockers)
Wann | Hitam Putih Kehidupan (Dato' Sheila Majid)

2 ulasan:

  1. xsempat nk layan GV thn ni..
    huhuu.. ruginyaaaa

    BalasPadam
  2. ya kami pun dok rasa visa atau wan yg nak terkeluar. tapi dok baca di mana2 pakat kata wan ni peserta feveret tokram, jadi hmmm mungkin tak terkeluar lah kot :(

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com