Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 10 Disember 2019

Sabun tanah liat, produk dari Azyma Care

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang pernah tahu atau guna tak sabun tanah liat, pernah tak? Jujur katakan memang Mas tak pernah tahu pun, apatah lagi nak guna. 

Tapi bila Mas nampak ada rakan blogger kongsikan pasal produk gel mandian yang mengandungi tanah liat, Mas terus teruja nak cuba. Katanya khasiat tanah liat ni bagus untuk kulit dan mampu menghilangkan bau badan serta masalah kulit. 


Clay Body Wash Azyma Care
Haaa ini sabun tanah liat, produk dari Azyma Care yang mengandungi tanah liat jenis Koalin Clay. Tanah liat ini diambil dari dasar tanah yang dilombong di Tapah Perak. Tanah liat Koalin mempunyai sifat penyerapan semulajadi yang mampu mengurangkan kulit berminyak hingga ke liang. Betapa eksklusif dan terbaik tanah liat dalam Azyma Care ni!

Selain tanah liat Koalin sebagai bahan utama, terdapat jugak bahan² lain di dalam Clay Body Wash Azyma Care ni iaitu ekstrak Aloe Vera, Chamomile, Cucumber dan Lavender Oil. Haaa semuanya dari bahan semulajadi tau, jadi boleh digunakan tanpa ragu²!


Lagi satu yang bagusnya Clay Body Wash Azyma Care ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Kanak²  berumur 2 tahun ke atas pun boleh guna sebab ianya lembut dan PH adalah neutral. Pastu ianya boleh digunakan sebagai syampu, wahhh 2 dalam 1. Mudah dan jimat kan?

Botol cantik dan bau wangi
Mula² Mas buka bungkusan yang diterima terus terpikat dengan kotaknya yang cantik, dan bila buka kotak lagilah terus cakap "Wahhhhh!" Botolnya yang berwarna oren tu sangat menyerlah dan membuatkan Mas lagi tertarik dan tak sabar nak guna. Bentuk botolnya pun cantik dan mudah dipegang. 


Lagi satu bila cium baunya, fuhhh wangi sangat. Bau tanah liat tu bercampur dengan ekstrak bahan² natural yang lain, menjadikan baunya segar dan wangi!

Testimoni dari Mas 
Mas dah cuba Clay Body Wash Azyma Care ni selama seminggu dan alhamdulillah Mas suka sangat. Mas memang takde masalah kulit tapi Mas suka gunakan sabun ni selepas selesai workout. Ia dapat menyegarkan badan yang penat serta menghilangkan bau peluh dan rasa melekit-lekit pada badan selepas workout. Lagi pun baunya yang wangi dan segar tu sangat menenangkan, hilang rasa penat bersenam! 



Pastu anak Mas si Airis pun ada guna, dia ada masalah kulit gatal² kalau cuaca panas dan berpeluh. Mulalah dia asyik mengaru sampai naik bijik² merah dan berair, penuh di celah² pelipat kaki dan tangan serta leher. Nak hilangkan rasa gatal tu memang susah, terpaksalah guna krim gatal yang dibeli kat farmasi. Memang gatalnya hilang tapi sementara je, kalau dia berpeluh dan garu akan naik semula gatalnya. 

Tapi selepas guna Clay Body Wash Azyma Care ni, alhamdulillah rasa gatal tu semakin kurang. Bila cuaca panas dan badan berpeluh, Mas tengok dia dah tak garu² dah. Dia cakap "Best lah mama pakai sabun ni, badan Airis tak gatal dah. Pastu baunya wangi sangat!"


Haaa Mas syorkan sangat korang yang ada masalah kulit dan masalah bau badan, cubalah guna Clay Body Wash Azyma Care ni. Insya Allah berkesan dan puashati!

Produk dijamin selamat dan halal
Korang jangan risau atau ragu² nak guna Clay Body Wash Azyma Care ni kerana ianya sangat diyakini, selamat dan halal. Ia dikilangkan oleh kilang yang mempunyai International Certificate serta diiktiraf oeh pengeluar produk personal care antarabangsa. Ia jugak mempunyai GMP, pengiktirafan Halal Jakim, ada ISO (MS Cert Malaysia) dan mendapat U.S. Food and Drug Administration (US FDA).


Produk Azyma Care jugak tidak mengandungi bahan² kimia berbahaya seperti paraben, diethanolamin, pewarna tiruan dan lyral. Yang paling penting ianya disahkan halal oleh Jakim dan didaftarkan dengan KKM (NPRA).

Produk Azyma Care jugak adalah yang terbaik dengan utamakan kualiti dan kesucian. Azyma Care, gel mandian tanah liat premium untuk anda sekeluarga!

Kalau berminat nak cuba dan beli boleh hubungi talian 019-7760647 / 03-67320647 atau whatsapp terus ke www.wasap.my/60197760647/azyma

Harga
RM68 sebotol (300ml)
Harga Promosi: RM100 untuk 2 botol 
(selagi stok masih ada)

Untuk maklumat lanjut layari:
Instagram: @azymaclaybodywash

1 ulasan:

  1. Ina pun guna yang ini juga. Dah rekomen pada kawan-kawan azyma care ni. Memang produk wajib guna sabun mandian ni. Khasiat pun banyak

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com