Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 10 Januari 2020

Hotel Savana Kuala Perlis

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa bercuti ke Langkawi bulan Disember tahun lepas Mas ada menginap di Kuala Perlis. Biasanya memang kami akan pergi awal sehari dan menginap di sana, sebabnya feri kami pada hari esoknya seawal jam 10 pagi. 

Di Kuala Perlis kami menginap di hotel berhampiran kawasan jeti, ini untuk memudahkan kami sampai lebih awal ke jeti. Di situ memang banyak hotel, ada hotel bertaraf 3 bintang dan ada jugak hotel bajet. Mas hanya pilih hotel bajet sebab nak tidur satu malam je, yang penting selesa dan harga pun murah.


Mas memilih Hotel Savana Kuala Perlis, tempahan dibuat melalui booking.com je. Mas suka guna booking.com sebab boleh pilih hotel tanpa buat bayaran terus, hanya tempah dan bayar semasa hari check in. Pastu kalau nak batalkan tempahan pun tidak dikenakan sebarang caj, tapi mestilah sebelum tarikh yang diberikan. Kalau lagi 2 hari nak pergi baru nak buat pembatalan, memang caj akan dikenakan. 



Hotel Savana ni terletak 2km dari jeti Kuala Perlis, lokasinya agak strategik kerana berhampiran dengan mini market, kedai makan dan ada jugak kedai Eco kat situ. Kami memilih bilik family dengan dilengkapi 2 katil queen, ada TV, wifi percuma, ada mini bar, seterika dan iron board, cerek elektrik dan water heater. Harga bilik ini untuk 1 malam adalah RM198, biliknya luas dan selesa untuk kami sekeluarga.


Pastu di lobi hotel ada disediakan mini cafe, jadi kalau lapar tengah malam tu boleh beli makanan kat situ. Ada jual air, roti, biskut, maggi cup dan makanan ringan. Lagi satu di lobi jugak ada disedikan port untuk caj telefon atau laptop, jadi bolehlah lepak kat situ untuk layari internet. Ruang sofa untuk lepak² dan santai bersama keluarga pun selesa dan cantik kat lobi tu. Parkir kereta jugak banyak disediakan di hadapan hotel.

Jadi kalau korang sampai ke Kuala Perlis dan nak cari tempat penginapan, bolehlah pilih Hotel Savana ni. Serius puashati, dahlah harga murah!



2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com