Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 9 Mac 2020

Percubaan pertama masak Rendang Ayam

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada yang rindu entri dari Mas tak? Haihhh maaflah, tak tahu kenapa malas betul nak menulis kat sini sekarang. Macam dijangkiti virus pulak blog ni, hahahaa penulisnya pun kena virus malas. Ok takpelah, Mas cuba yer konsisten semula cuma tak janji. Hehehee, tapi Mas usaha jugak akan rajin!


Ni nak kongsilah sikit percubaan pertama Mas masak Rendang Ayam, haaa dek kerana si husband tu dok teringin nak makan. Kisahnya camni, Mas ada beli Rendang Ayam kat kafe pejabat. Bila mereka makan semuanya berselera, maklumlah bukan selalu makan Rendang Ayam kan? Jadi husband Mas teruslah suruh Mas cuba buat, katanya buat sendiri lagi puashati makan. 

Memang betul, cuma Mas tak pernah hayat masak Rendang Ayam ni. Kalau masa raya tu, kakak² Mas yang masak dan ai tahu makan je. Hehehee, bila husband suruh masak mana tak gelabah kan? Hampir tak nak buat mulanya, tapi sampai bila kan tak nak cuba. Yang nak makan suami dan anak² jugak, jadi Mas kena masak jugak.


Masak punya masak, kelentung kelentang kat dapur dan inilah Rendang Ayam versi Mas. Alhamdulillah menjadi elok, husband dan anak² pun puji sedap. Jadi Mas kongsikan resepinya!

Bahan-bahan Rendang Ayam
½ ekor ayam dipotong sederhana
1 pek penumis 4 beradik
1 kotak santan
4 pek kerisik (beli yang dah siap)
3 batang serai (diketuk)
3 helai daun kunyit (dihiris nipis)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar
1 ulas bawang besar
7 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
Seinci halia, lengkuas dan kunyit hidup
10-15 cili kering


Cara² membuatnya
1. Tumiskan penumis 4 beradik bersama bahan kisar, bila dah naik bau masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga cili betul² masak dan pecah minyak.

2. Bila cili dah pecah minyak dan garing, masukan ayam. Renehkan selama 5 minit sehingga air dari ayam kering. Kemudian masukkan santan dan serai, masak sehingga menggelegak dan ayam betul² masak. Selepas itu barulah masukkan kerisik dan kacau sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan biarkan ayam masak sehingga kuah sedikit pekat. Haaa siap dihidang bersama nasi panas atau pulut kuning!


Macam Mas, hari Sabtu makan dengan nasi dan hari Ahad husband nak makan pulut kuning. Berseleralah depa makan, Mas pun gembira dan puashati sebab percubaan pertama menjadi. Raya tahun ni bolehlah ai merendang, hehehee! 

1 ulasan:

  1. Haaaa pandai pun kak mas...siapa cakap percubaan pertama tak ada rasa, juju pun dulu belajar buat rendang hasil tgk online je kak pastu campur sikit petua dari mak sendiri sikit2...senang dah pandai buat rendang puas hati boleh makan banyak.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com