Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 14 Januari 2022

Tempat makan menarik di Langkawi

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sekarang ramai kan merancang nak jalan² ke Langkawi, maklumlah dah lama tak pergi bercuti. Jadi Mas kongsikan tempat² makan menarik yang pernah Mas cuba masa bercuti kat sana tahun 2019. Bagi Mas semua tempat makan ni menyajikan makanan yang sedap dengan harga berpatutan, kena dengan selera tekak Mas.

Mas kongsikan tempat makan menarik untuk sarapan pagi dan makan tengahari, nanti bolehlah korang cuba kalau datang ke Langkawi.

1. Restoran Atta Shooru
Restoran ni terletak di Jalan Lapangan Terbang, senang je nak cari. Korang google maps je nama restoran tu, pasti jumpa. Nama je restoran tapi kedainya ala² kedai makan tepi jalan yang berkonsep restoran. Tarikan istimewa kat sini ada Roti Bakar Telur Goyang, haaa dek kerana roti ni 3 pagi kami sarapan kat restoran ni. Harga untuk sekeping roti tu RM3, kena makan 2 keping baru puashati!


Menu² lain ada jugak seperti roti canai dan nasi lemak, menu untuk nasi campur pun ada. Ia dibuka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.


2. Kedai Nasi Dagang Pak Malau
Haaa kedai ni mesti ramai dah tahu kan, popular kedai ni di kalangan pengunjung. Mas pun baru pertama kali cuba makan kat sini walaupun dah banyak kali datang Langkawi. Terletak di Jalan Makam Mahsuri, kedai ini memang wajib singgah jika ke Langkawi. Ia dibuka dari jam 8 pagi hingga 2 petang, tutup setiap hari Isnin.


Menu yang disediakan sudah tentunya Nasi Dagang dengan pilihan pelbagai lauk seperti Gulai Ayam, Gulai Ikan, Gulai Daging dan Ayam Goreng. Sepinggan berharga RM10 untuk apa saja pilihan lauk, haaa berbaloilah dengan nasinya yang sedap dan permandangan yang sangat cantik dan mendamaikan!




3. Warong Roti Canai Sedap Mak Som
Walaupun hanya kedai makan tepi jalan di dalam kampung tapi Warong Mak Som ni menyajikan pelbagai jenis roti canai yang sangat sedap. Rotinya yang lembut dan dimasak garing² sedap dimakan dengan kuah kari atau sambal, boleh jugak ditambah ayam rempah yang ada dijual.


Selain tu ada roti canai yang rare seperti Roti Kawin, Roti Milo Cheese, Roti Pisang Cheese dan Roti Sardin Cheese ada jugak Chapati dan Roti Nan.




4. Kedai Faathirah Tomyam & Seafood
Kalau nak makan masakan panas yang sedap dan harga berpatutan bolehlah ke kedai ni. Ia terletak kat Padang Matsirat berhadapan dengan Sekolah Menengah Tunku Putra, kalau korang google maps pasti jumpa. Kedai mula dibuka pukul 4 petang, kiranya sesuai untuk makan lewat petang atau makan malam.


Pelbagai pilihan menu masakan panas disediakan, semuanya menepati selera. Haaa kalau nak makan ikan siakap kat kedai ni dijual dengan harga yang berpatutan, boleh pilih Siakap Stim, Tiga Rasa atau Masam Manis.


5. Restoran Selera Kampung
Bagi korang yang suka makan tengahari lauk pauk kampung bolehlah cuba ke restoran ni. Restoran ni memang kedai makan selera kampung yang popular di kalangan pengunjung ke Langkawi. Ia terletak di Jalan Padang Matsirat, kalau google maps pasti jumpa di carian pertama.


Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, restoran ini menyediakan pelbagai pilihan masakan kampung yang sangat menyelerakan. Paling Mas suka lauk dan sayur yang dimasak semuanya segar², pastu ada macam² pilihan ulaman dan kerabu. Kalau tak silap Mas ada lebih 50 jenis lauk pauk, harganya pun sangat berpatutan!




6. Ayam Tempayan Abang Laris
Bagi peminat ayam boleh cuba makan di gerai Abang Laris, memang terkenal kat Langkawi. Ianya gerai tepi jalan yang terletak di Jalan Padang Matsirat, betul² kat jalan besar Kuah ke Airport! Gerai ni dibuka pukul 1 tengahari, jadi memang sesuai makan tengahari ayam tempayan panas².


Jadi bila makan kat sini kenalah cuba Nasi Ayam Tempayan dia, sumpah sedap dan portion pun banyak. Sambal cili dia pun sedap dan unik rasanya. Pilihan ayam tempayan pulak boleh pilih nak seekor, separuh atau suku. Harga dia Mas tak ingat dah, maklumlah dah lama kan. Tapi memang berpatutan dan berbaloi dengan rasanya.



Inilah antara tempat² makan menarik yang pernah Mas pergi masa bercuti ke Langkawi, masih beroperasi atau tidak di tahun 2022 Mas tak pasti sebab ini masa Mas pergi tahun 2019. Mungkin disebabkan pandemik ada yang dah berubah, tapi setakat hari ni Mas google semua masih ada lagi. Cuma harga makanan tu mungkin berubahlah, maklumlah dah 2 tahun kan?

Jadi sebelum pergi korang cuba google dulu ye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com