terkini dan sensasi

Rabu, 13 Mei 2020

PKP Bersyarat hingga 9 Jun 2020

Assalamualaikum...(^ ^)

Ahad lepas PM dah umumkan yang PKP Bersyarat akan bersambung sehingga 9 Jun, haaa betul² sampai lepas raya. Mas dah tahu sebenarnya sebab boss memang ada cakap, jadi takdelah terkejut sangat. Elok jugak sambung lama lagi, kalau tak nanti kita akan rasa yang kita dah bebas dari wabak ni. Ingat kita belum menang tau!


Jadi kena ingat tak perlulah nak rasa longgar sangat walaupun kerajaan dah bagi kelonggaran, nanti tak pasal² ditarik balik dan jadi PKP semula. Ini PKPB ye, bersyarat tau bukan boleh main langgar je sesuka hati. Kita kena disiplinkan diri untuk amalkan apa yang dah kita amalkan semasa PKP1 hingga PKP4 dulu, siapa lagi nak jaga diri kita dan keluarga kalau bukan kita kan?

Bagi yang dah boleh bekerja tu, pergi kerja elok² dan lepas kerja balik rumah terus. Janganlah nak melepak mana² dengan kawan² pulak kan? Pastu kalau nak keluar biarlah ada keperluan je, nak keluar saja² lepak kat pasaraya bukan masanya sekarang. Lagi satu kalau dah rasa malas nak masak atau jemu makan masakan sendiri masa berbuka tu, haaa belilah makanan kat restoran nun tapi seeloknya take away je dan makan kat rumah. Setlah meja makan tu ala² restoran, haaa boleh jugak kan?

Haaa dah bagi kelonggaran keluar berdua tu, keluarlah laki bini tapi sorang je masuk dalam pasaraya nak beli barang. Rasanya tak perlulah kau nak jalan pegang tangan sweet² sambil pilih barang² tu, lagi melambatkan masa dan penjarakan sosial tak dijaga. Dulu bising laki tak pandai beli barang, ni dah bagi keluar awak belilah barang sorang dan tak payah nak suruh laki teman sangat. Mintak duit siap², habis beli telefon dia suruh angkat barang masuk kereta!

Bab anak pulak, memang kita risau sebab bila suami isteri kena kerja siapa nak jaga anak kan? Tapi kerajaan masih bagi kelonggaran pada majikan untuk buat giliran kerja bagi yang ada anak kecil, masih boleh bekerja dari rumah. Macam Mas dari awal PKP memang Mas dan husband kena kerja, lagilah husband Mas bomba dan kena sentiasa kerja. Tapi nasiblah Mas boleh kerja bergilir², cuma kalau husband kerja syif siang dan Mas pun kerja terpaksalah harapkan kakak Atikah yang jaga adik². Tawakal dan doa jelah moga anak² selamat kat rumah!

Kalau taska dah boleh buka, korang yakin ke nak hantar anak² ke taska buat masa sekarang? Jadi kalau rasa tak yakin dan selamat kenalah pandai cari alternatif lain, janji ada orang jaga anak dan korang boleh kerja dengan senang hati. Mas memang tak akan hantar anak buat masa ni, jika taska buka sekali pun!


Pasal tak dapat balik raya pulak, alah tahun ni je kita tak merasa raya kat kampung dengan mak abah. Husband Mas pernah 3 tahun berturut² tau tak balik raya, haaa taulah sedihnya camne tapi demi tugas dia redha. Lagi pun mak abah kat kampung tu kita kena jaga, mereka lagi berisiko untuk dijangkiti. Apa yang penting kita terus patuh dengan PKPB ni, raya dimana² pun sama je!

Apa pun semua terpulang pada diri kita sendiri, kalau kita mampu disiplinkan diri dengan new normal ni kita akan berjaya benteras Covid-19 ni. Tapi kalau kita hanya suka dok kondem sana sini, itu tak betul ini tak betul sampai bila pun tak akan berhasil. Kita bantu frontliners yang dah banyak bersusah payah tu, bagi mereka tarik nafas lega dan boleh senyum gembira lepas ni! 

1 ulasan:

  1. Moga kita dapat hikmahnya daripada semua ni.. apa2 pun stay safe tu lagi penting sebab kes aktif banyak lagi tu..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com