Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 29 Julai 2020

Apa yang menarik di Maran Pahang

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni nama je anak jati Pahang, tapi sebenarnya banyak lagi tempat² perlancongan menarik yang belum habis Mas terjah kat Pahang tu. Misalnya di daerah Maran, walaupun ianya terletak di tengah² antara Temerloh dan Kuantan tapi kalau balik kampung husband Mas di Kuantan memang tak pernah singgah kat Maran ni.


Jadi bila Ahad lepas Mas berkesempatan ikut trip KBBA9 bersama Tourism Pahang ke daerah Maran teruslah Mas teruja nak pergi. Masa inilah Mas nak tengok apa yang menarik di negeri kelahiran Mas sendiri, barulah boleh tahu apa keunikkannya!

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Maran mengambil masa lebih kurang 2½ jam melalui lebuhraya Karak. Sampai di Maran kami terus ke Laman Qalbu untuk Program Lawatan Produk Perlancongan Daerah Maran bersama media lain dan Tourism Pahang. Di Laman Qalbu kami berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat makan tradisi daerah Maran iaitu Ikan Pekasam, Sambal Botok, Kuih Pena dan Kuih Badak Kubang. 



Di situ jugak ada dijual pelbagai jenis produk² yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan seperti hasil kraftangan, makanan dan produk dari hasil semulajadi. Semasa tengok jualan tu Mas sangat tertarik dengan produk sos dari Mama Zara Kitchen iaitu Sos Mango Ngosek dan Sos Lemon Merecik. Tak sangka pengusaha tempatan boleh hasilkan sos sedap yang setanding dengan sos yang dihasilkan di hotel terkemuka! 

Selesai aktiviti di Laman Qalbu, kami berkesempatan pergi ke beberapa tempat² menarik di daerah Maran, Pahang ni. Ini Mas kongsikan supaya bila korang datang ke Maran korang dah tahu tempat mana yang menarik untuk dilawati.

M Warna Galeri
Galeri yang terletak di Kampung Sentosa Maran ini dimiliki oleh seorang pesara guru iaitu Encik Zakaria Adam. Dia digelar Master Of Pitcher kerana semua lukisan yang beliau hasilkan adalah bertemakan periuk kera. Haaa memang unik dan istimewa sangat. 




Dia meminati periuk kera kerana keindahannya selain tumbuhan unik itu memiliki falsafah tersendiri iaitu "Tumbuhan ini dikatakan sebagai tumbuhan pemangsa tetapi sebenarnya ia hanya bertindak sebegitu apabila diganggu. Selain itu ia tidak bersikap hipokrit, tidak berpura² atau menyamar dan sentiasa menjadi diri sendiri." Jadi sifat periuk kera itu sama dengan diri beliau. 

Jadi kalau korang meminati lukisan unik sebegini boleh datang ke M Warna Galeri, dan boleh membeli hasil lukisan dari The Master Of Pitcher!

Galeri Tokoh dan Galeri 3D Maran
Galeri ini terletak berhampiran dengan Taman Tasik Maran dan ianya dibuka pada 3 Februari 2020 kepada orang ramai. Galeri Tokoh ini mempamerkan sejarah tokoh² yang dilahirkan di daerah Maran Pahang manakala Galeri 3D memiliki lukisan² 3D yang sangat menarik untuk korang rakamkan gambar sebagai kenangan!




Bayaran masuk ke dalam galeri ini adalah RM8 untuk dewasa, RM5 untuk kanak² bawah 12 tahun, warga emas serta OKU dan RM10 untuk warga asing. Waktu dan hari operasi adalah dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 setiap hari termasuk hari kelepasan am dan galeri ditutup pada hari Jumaat.

Puncak Maran Hill Golf Resort
Terletak 3km dari bandar Maran, padang golf ini menyediakan 18 lubang. Di sini jugak ada lebih 20 buggy disediakan, 12 kemudahan bilik untuk disewa, pakej istimewa bagi pemain golf, pemandangan tasik yang indah, kafetaria dan tempat parkir yang luas.


Di sini bukan sahaja tempat untuk sukan golf tapi boleh jugak adakan mesyuarat, seminar atau bengkel. Pastu boleh dijadikan lokasi menarik untuk outdoor photoshoot!

Air Terjun Teladas 7
Kawasan air  terjun ni terletak 2km dari bandar Maran, dan ia dikunjungi oleh pelawat kerana ia terkenal dengan air terjun dan sungainya yang dingin. Ia terletak di dalam hutan yang telah dibalak. 


Mas pernahlah datang sekali ke air terjun Teladas ni masa zaman remaja dulu, tapi sekarang kawasannya dah banyak berbeza dan dah banyak kemudahan disediakan. Kemudahan yang telah disediakan meliputi jalan, pondok, bangku, tandas awam, bilik persalinan, jambatan, ampangan dan tangga konkrit. 

Sesuailah kalau nak beriadah atau mandi manda bersama keluarga di Air Terjun Teladas 7 ni.

Taman Rekreasi Che Minah Sayang
Bila sampai je ke taman rekreasi ni Mas sangat teruja sebab tempatnya sangat cantik dan bersih, serta air sungainya sangat jernih. Malangkan kami tak bawah baju lebih, kalau tak memang dah kuak lentang dalam sungai tu. 




Taman Rekreasi ni memang port piknik yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Kawasannya cantik dan bersih serta air sungainya segar dan nyaman. Pelbagai kemudahan disediakan seperti surau, tandas, taman permainan dan pondok yang boleh disewa dengan harga yang sangat murah! .

Taman Eko Rimba Lubuk Yu
Dikenali jugak sebagai Hutan Lipur Lubuk Yu, tempat ni merupakan the hidden gem yang wajib dilawati. Ya Allah, Mas pun terpukau dengan keindahan air sungainya yang jernih dan hijau tu. Korang memang akan tak sabar nak mandi kalau sampai ke Lubuk Yu ni!



Ia merupakan kawasan perkelahan yang paling Mas sarankan untuk korang datang, Mas pun nak datang sekali lagi nanti. Jaraknya dari bandar Maran ialah 15km

Kemudahan tandas yang bersih dan bilik persalinan yang selesa pun ada disediakan. Pastu kalau lapar jangan risau ada jugak dijual makanan, dan salah satu makanan yang korang wajib cuba kalau sampai ke Lubuk Yu ni ialah buah Perah

Lagi satu nak rakamkan gambar² memang sangat cantik kat sini, rugi tau korang tak datang ke Hutan Lipur Lubuk Yu ni!




Haaa itu sajalah yang dapat Mas kongsikan, nanti bolehlah korang jalan² ke Maran bila cuti sekolah. Tak rugi tau sebab banyak tempat dan aktiviti menarik di sana. Jom cuti² ke Pahang! 

Rabu, 22 Julai 2020

Hanya tinggal kenangan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedih kan, hanya tinggal kenangan


Dahlah SPBYDP Agong dan KPK pernah bergambar dekat mural ni, jadi bila tengok memang rasa terkilan. Dek angkara manusia yang tidak bertanggungjawab, semua lukisan mural ni habis rosak diconteng dengan kata² kesat!



Tergamak sebagai seorang rakyat Malaysia menconteng dan merosakkan gambar pemimpin negara dengan kata² yang sangat kesat. Kemana hilangnya rasa hormat mereka, pastu nampak sangat rendah harga diri mereka bila buat camni. Kalau tak suka sekali pun janganlah buat perkara memalukan sebegini!

Para pelaku ni ingat mereka boleh terlepas, tanpa mereka sedar aktiviti jahat tu dah dirakam oleh CCTV. Jadi jangan ingat boleh terlepas ye, sampai lubang cacing polis akan cari. Pastu tak disangka pulak suspek yang disyaki tu adalah 2 orang wanita, Ya Allah kenapalah jatuhkan martabat kaum wanita dengan sikap camtu!

Tengoklah dek kerana sikap mereka ni, semua mural terpaksa dipadam demi menjaga nama baik SPBYDP Agong dan pemimpin lain!


Tapi takpe, kalau mereka ni rasa boleh terlepas memang mereka silap. Mas harap sangat para pelaku ni cepat² ditangkap dan diberi hukuman setimpal. Biar beri kesedaran pada mereka yang sering lakukan aktiviti vandalisme seperti tu.

Terima kasih jugak diucapkan pada 3 anak muda yang berkorban masa dan tenaga melukis mural tu sampai siap. Walaupun hanya tinggal kenangan pada sekeping gambar sekalipun ia tetap sesuatu yang indah yang pernah orang lihat. Jangan kecewa, moga mereka dapat hasilkan mural seperti ini lagi! 


Jumaat, 17 Julai 2020

Jom shopping online di PG Mall

Assalamualaikum...(^ ^)

Kat sini siapa suka shopping, angkat tangan cepat! Haaa mestilah semua suka shopping kan, nak pulak kalau ada sales lagilah rancak kita membeli belah. Pastu bila nak shopping tu mesti kita akan pilih tempat shopping yang tawarkan harga diskaun, dan berbaloi untuk kita belanjakan wang. 


Lagi satu nak membeli belah ni kadang kita suka beli dekat pasaraya, kadang tu suka beli online je. Macam Mas ada certain barang Mas suka beli kat kedai sebab boleh tengok dan belek sampai puashati, tapi ada jugak barang Mas suka beli online je.  Cuma bila musim Covid ni Mas lebih prefer shopping online sebab tak perlulah nak bersesak² ke pasaraya, kan kita kena jaga jarak sosial. Lebih mudah pun ye, klik² dan pilih² pastu esok lusa barang dah sampai kat muka pintu.

Pastu kelebihan membeli atas talian ni Mas boleh buat perbandingan harga, boleh pilih seller mana yang jual dengan harga lebih murah. Boleh jugak baca review dari pelanggan lain yang pernah beli, jadi bolehlah Mas tahu barang tu berbaloi atau tidak untuk dibeli. 


Haaa dah panjang mukadimahnya, ni Mas nak cerita pasal satu web shopping online yang menarik. Pernah dengar nama PG Mall tak, Mas pertama kali tahu pasal web ni jadi mari Mas ceritakan dengan lebih jelas. Nampak menarik tau PG Mall ni untuk dijadikan platform shopping online korang!

Apa itu PG Mall?
PG Mall merupakan platform e-commerce No. 1 di Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2017. Sekarang PG Mall dah berada di tangga top 3 dalam e-commerce site di Iprice Insight Report, dan merupakan pesaing hebat di antara e-commerce site dari luar negara. Satu lagi walaupun PG Mall sama seperti platform shopping online yang lain, tapi ia mengalakkan pembeli untuk menjadi usahawan bagi membantu pembukaan perniagaan di dalam PG Mall.


Konsep Consumerchant
Apa yang menariknya, PG Mall adalah satu-satunya platform e-commerce tempatan di Malaysia yang berkonsep Consumerchant. Ia merupakan konsep bisnes yang diamalkan oleh PG Mall bagi memberi galakkan kepada pembeli untuk menjadi usahawan. Apabila membeli belah di PG Mall pembeli akan mendapat ganjaran cashback secara berterusan iaitu Forever Cash Back sehingga 35%. Ia diperolehi apabila pembeli membuat referral PG Mall lengkap dengan pembelian di mana² media sosial atau platform media lain. 

Makin banyak referral dibuat maka lebih banyak cashback akan dinikmati oleh pembeli. Kempen Shop-Share-Earn ni akan menggalakkan para pembeli untuk berlumba² kumpul cashback! Banyak kumpul banyak untung akan diperolehi, huishhh serius menarik ni!


Super Shocking Sale bermula dari RM1
PG Mall Super Shocking Sale memberikan pelbagai tawaran menarik setiap hari bermula dari RM1. Haaaaa apa, RM1 je? Tak akan korang tak tertarik, setiap hari ada sahaja tawaran menarik dengan diskaun yang kaw² giler dan harga yang sangat berbaloi. Jangan terkejut kalau ada barangan boleh dapat diskaun sehingga 70%, sebab itulah namanya Super Shocking Sale kan?

Pelbagai barangan dijual dengan diskaun hebat, bermula dari fesyen, barangan rumah, barangan dapur, barangan kanak² sehinggalah kepada kecantikan. Semua tawaran ni terhad tau, jadi kena cepat² shopping di PG Mall! 


Hot Deal Sales dengan Harga Hebat
Haishh baru pertama kali masuk web PG Mall ni Mas dah tertarik, macam² nak beli. Haaa jangan tak tahu korang, kat PG Mall ni setiap hari ada sales tau diulangi setiap hari! Jadi bolehlah setiap hari korang shopping, dan jangan risau makin banyak shopping makin banyak cashback yang ditawarkan. Jadi memang sangat berbaloi!

Setiap hari jam 10 pagi, 4 petang dan 9 malam  korang kena masuk website PG Mall ni sebab masa tu harga yang ditawarkan sangat² rendah bermula dari 99 sen. Fuhhh lap peluh, giler murah harga tu. Apa lagi set dekat alarm 3 waktu ni, bunyi je alarm terus capai handphone dan buka PG Mall. Shopping time sepuas hati!!

Kempen Love You 3000
Ehhh dah macam anak Ironman cakap kat dia je, Love You 3000! Haaa menarik kempen ni tau, dengan setiap pembelian minimum RM30 dan ke atas korang berpeluang memenangi hadiah C-Wallet berjumlah RM3000. Wooww sangat² lumayan ni, Mas nak shopping sekarang jugak!


Setiap 2 minggu sekali nama para pemenang akan diumumkan pada 15hb dan 30hb setiap bulan, ia mengambilkira jumlah pembelian sepanjang 2 minggu tersebut. Setiap pemenang dipilih melalui cabutan bertuah! Jadi mulai sekarang korang kena kerap shopping di PG Mall, mana tahu korang bertuah. Lagipun berbaloi shopping setiap hari sebab ada sahaja diskaun hebat diberikan setiap hari, tak nak ke RM3000!

Jom shopping di PG Mall!
Fuhhh seriuslah Mas tertarik dah dengan web PG Mall ni, dah usha barang² apa yang menarik. Dah simpan dalam troli dulu, nanti baru checkout

Korang tu apa tunggu lagi, cepat² muat turun aplikasi PG Mall dekat Apps Store atau Play Store. Untuk daftar pertama kali pastikan korang dapat kod referral, dah dapat nanti bolehlah beri pada kawan² atau ahli keluarga untuk dapatkan cashback. Pastu pastikan mereka klik link referral korang untuk mula membeli belah di PG Mall.


Jangan risau web PG Mall selamat untuk korang membeli belah, banyak tawaran diskaun hebat setiap hari dan janjikan lebih banyak cashback jika korang shopping setiap hari. Sangat² berbaloi kan? Klik terus link ini https://pgmall.my/home dan selamat membeli belah dengan gembiranya!

Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawati:

Website: www.pgmall.my

Selasa, 14 Julai 2020

Terapi minda di Nurseri Pokok

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak jadi peminat pokok² hidup dan ada taman mini sendiri ni boleh dikatakan setiap minggu nak jejak kaki kat nurseri. Rasanya sekarang kat situlah tempat terapi minda untuk Mas, boleh hilang rasa penat dan stress bila tengok pokok² tu.


Kadang pergi tu bukannya nak beli sangat, sekadar nak tengok pokok je. Dapat tengok dapat belek dah rasa puashati, tapi percaya ke Mas tak beli. Hahahaa setiap kali pergi mesti akan membeli, paling sikit 1-2 pokok dan kalau datang sawan dia tu boleh lebih dari 5 pokok!

Husband pun tak boleh nak cakap apa dah, dia ikutkan je minat bininya ni. Tapi dia akan jadi penasihat lah jugak, tolong bagi pendapat pokok mana yang lawa dan pokok mana yang perlu beli atau tak. Mas memang suka tanya pendapat dia walaupun Mas dah berkenan kat pokok tu, tapi tetap nak dia pilih.


Macam Sabtu lepas sajalah ajak husband pergi nurseri pokok kat Cheras, tapi husband cakap tak berbaloi pergi sana. Diajaknya pergi ke Sungai Buloh, ya ampun sapa tak gembira kan sebab kat sana banyak pilihan pokok² dan harga pun murah². Niat hati nak jalan tengok² je, tapi bila dah nampak pokok lawa² tu mampu ke nak tahan nafsu kan?


Akhirnya terbeli 4 jenis fittonia, dan 2 jenis pokok. Fittonia tu memang dah lama nak beli, nak letak dalam rumah. Dah jumpa fittonia yang cantik dan harga pun murah, terus sambar 4 pokok terus. Gembira dia lain macam, siap husband perli senyum lebar kemain. Haaa sebab tu Mas kata ianya terapi, naikkan mood kita dan hilang rasa stress! 

Lagi dua pokok beli sebab nak tambah koleksi kat taman mini, ada satu lagi pasu kosong jadi Mas beli satu pokok yang besar. Satu lagi beli jenis paku pakis sebab nak kawankan dengan satu pokok yang Mas dah beli. Haaa memang tak cadang pun nak beli, tapi dah alang² murah terus beli jelah. Makin cantik dan berseri taman mini Mas dengan pertambahan pokok, baru seronok petang² balik kerja dok belek² pokok. 


Bila gaji nanti nak pergi terapi minda lagi, sebab Birkin Plant + Rubber Plant + Keladi Belang tu memang nak sangat beli tapi husband kata biar dulu. Dia dah janji dapat gaji nanti nak belanja belikan pokok² tu, hehehee Mas suka! 



Isnin, 6 Julai 2020

Sesi persekolahan semasa PKPP

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa tak lama lagi semua anak² akan kembali ke sekolah, bermula dari 15 Julai 2020 nanti.

Macam anak Mas, si kakak Atikah dah mula bersekolah pada 24/6 lepas. Dia kan nak periksa SPM tahun depan, jadi memang dah bersekolah setiap hari. Jadual untuk percubaan SPM dan periksa SPM sebenar pun dah dapat, trial bulan September dan periksa SPM pada 6/1/2021.


Macam Arfan di Tingkatan 2 akan mula bersekolah pada 15/7, tapi sekolah dia ikut modul penggiliran sebab kapasiti kelas tak mencukupi. Jadi Arfan akan sekolah secara bergilir² dengan Tingkatan 4, 3 dan 1. Kalau ikut jadual giliran yang cikgu bagi, Tingkatan 2 akan mula bersekolah pada 20/7/2020. Mereka hanya bersekolah selama seminggu dalam bulan Julai, pastu bulan Ogos 2 minggu sahaja. Untuk Airis pulak masih belum dapat jadual lagi!


Takwim cuti sekolah pun dah berubah, sepatutnya bulan Julai ni akan ada cuti sekolah seminggu tapi dah dibatalkan. Cuti Raya Haji pun hanya diberi sehari awal iaitu pada 30/7 dan cuti sekolah penggal kedua hanya diberi pada bulan Ogos selama 5 hari bermula 20/8 hingga 24/8. Pastu cuti hujung tahun pun dipendekkan jadi 13 hari je, bermula 19/12 hingga 31/12.

Haaa kenalah pendekkan tempoh cuti sekolah, sebab pelajar tingkatan 5 perlukan lebih masa untuk habiskan silibus pelajaran. Yelah bulan Januari mereka dah nak periksa, kalau cuti lama² nanti tak sempat pulak habiskan semua silibus. Pastu kenalah periksa awal, kalau tak nanti ganggu pulak takwim persekolahan untuk tahun depan!


Moga anak² dapat biasakan diri dengan sesi persekolahan dalam norma baharu ni. Nanti dah tamat PKPP tak tahulah macam mana, samada penggiliran diteruskan atau kena bersekolah macam biasa. Rasanya pasti akan diteruskan sebab kita pun belum bebas sepenuhnya dari Covid-19 ni, jadi biarlah norma baharu ni diamalkan lebih lama kan?

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com