terkini dan sensasi

Rabu, 29 Julai 2020

Apa yang menarik di Maran Pahang

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni nama je anak jati Pahang, tapi sebenarnya banyak lagi tempat² perlancongan menarik yang belum habis Mas terjah kat Pahang tu. Misalnya di daerah Maran, walaupun ianya terletak di tengah² antara Temerloh dan Kuantan tapi kalau balik kampung husband Mas di Kuantan memang tak pernah singgah kat Maran ni.


Jadi bila Ahad lepas Mas berkesempatan ikut trip KBBA9 bersama Tourism Pahang ke daerah Maran teruslah Mas teruja nak pergi. Masa inilah Mas nak tengok apa yang menarik di negeri kelahiran Mas sendiri, barulah boleh tahu apa keunikkannya!

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Maran mengambil masa lebih kurang 2½ jam melalui lebuhraya Karak. Sampai di Maran kami terus ke Laman Qalbu untuk Program Lawatan Produk Perlancongan Daerah Maran bersama media lain dan Tourism Pahang. Di Laman Qalbu kami berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat makan tradisi daerah Maran iaitu Ikan Pekasam, Sambal Botok, Kuih Pena dan Kuih Badak Kubang. 



Di situ jugak ada dijual pelbagai jenis produk² yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan seperti hasil kraftangan, makanan dan produk dari hasil semulajadi. Semasa tengok jualan tu Mas sangat tertarik dengan produk sos dari Mama Zara Kitchen iaitu Sos Mango Ngosek dan Sos Lemon Merecik. Tak sangka pengusaha tempatan boleh hasilkan sos sedap yang setanding dengan sos yang dihasilkan di hotel terkemuka! 

Selesai aktiviti di Laman Qalbu, kami berkesempatan pergi ke beberapa tempat² menarik di daerah Maran, Pahang ni. Ini Mas kongsikan supaya bila korang datang ke Maran korang dah tahu tempat mana yang menarik untuk dilawati.

M Warna Galeri
Galeri yang terletak di Kampung Sentosa Maran ini dimiliki oleh seorang pesara guru iaitu Encik Zakaria Adam. Dia digelar Master Of Pitcher kerana semua lukisan yang beliau hasilkan adalah bertemakan periuk kera. Haaa memang unik dan istimewa sangat. 




Dia meminati periuk kera kerana keindahannya selain tumbuhan unik itu memiliki falsafah tersendiri iaitu "Tumbuhan ini dikatakan sebagai tumbuhan pemangsa tetapi sebenarnya ia hanya bertindak sebegitu apabila diganggu. Selain itu ia tidak bersikap hipokrit, tidak berpura² atau menyamar dan sentiasa menjadi diri sendiri." Jadi sifat periuk kera itu sama dengan diri beliau. 

Jadi kalau korang meminati lukisan unik sebegini boleh datang ke M Warna Galeri, dan boleh membeli hasil lukisan dari The Master Of Pitcher!

Galeri Tokoh dan Galeri 3D Maran
Galeri ini terletak berhampiran dengan Taman Tasik Maran dan ianya dibuka pada 3 Februari 2020 kepada orang ramai. Galeri Tokoh ini mempamerkan sejarah tokoh² yang dilahirkan di daerah Maran Pahang manakala Galeri 3D memiliki lukisan² 3D yang sangat menarik untuk korang rakamkan gambar sebagai kenangan!

 


Bayaran masuk ke dalam galeri ini adalah RM8 untuk dewasa, RM5 untuk kanak² bawah 12 tahun, warga emas serta OKU dan RM10 untuk warga asing. Waktu dan hari operasi adalah dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 setiap hari termasuk hari kelepasan am dan galeri ditutup pada hari Jumaat.

Puncak Maran Hill Golf Resort
Terletak 3km dari bandar Maran, padang golf ini menyediakan 18 lubang. Di sini jugak ada lebih 20 buggy disediakan, 12 kemudahan bilik untuk disewa, pakej istimewa bagi pemain golf, pemandangan tasik yang indah, kafetaria dan tempat parkir yang luas.


Di sini bukan sahaja tempat untuk sukan golf tapi boleh jugak adakan mesyuarat, seminar atau bengkel. Pastu boleh dijadikan lokasi menarik untuk outdoor photoshoot!

Air Terjun Teladas 7
Kawasan air  terjun ni terletak 2km dari bandar Maran, dan ia dikunjungi oleh pelawat kerana ia terkenal dengan air terjun dan sungainya yang dingin. Ia terletak di dalam hutan yang telah dibalak. 


Mas pernahlah datang sekali ke air terjun Teladas ni masa zaman remaja dulu, tapi sekarang kawasannya dah banyak berbeza dan dah banyak kemudahan disediakan. Kemudahan yang telah disediakan meliputi jalan, pondok, bangku, tandas awam, bilik persalinan, jambatan, ampangan dan tangga konkrit. 

Sesuailah kalau nak beriadah atau mandi manda bersama keluarga di Air Terjun Teladas 7 ni.

Taman Rekreasi Che Minah Sayang
Bila sampai je ke taman rekreasi ni Mas sangat teruja sebab tempatnya sangat cantik dan bersih, serta air sungainya sangat jernih. Malangkan kami 
tak bawah baju lebih, kalau tak memang dah kuak lentang dalam sungai tu. 




Taman Rekreasi ni memang port piknik yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Kawasannya cantik dan bersih serta air sungainya segar dan nyaman. Pelbagai kemudahan disediakan seperti surau, tandas, taman permainan dan pondok yang boleh disewa dengan harga yang sangat murah! .

Taman Eko Rimba Lubuk Yu
Dikenali jugak sebagai Hutan Lipur Lubuk Yu, tempat ni merupakan the hidden gem yang wajib dilawati. Ya Allah, Mas pun terpukau dengan keindahan air sungainya yang jernih dan hijau tu. Korang memang akan tak sabar nak mandi kalau sampai ke Lubuk Yu ni!



Ia merupakan kawasan perkelahan yang paling Mas sarankan untuk korang datang, Mas pun nak datang sekali lagi nanti. Jaraknya dari bandar Maran ialah 15km

Kemudahan tandas yang bersih dan bilik persalinan yang selesa pun ada disediakan. Pastu kalau lapar jangan risau ada jugak dijual makanan, dan salah satu makanan yang korang wajib cuba kalau sampai ke Lubuk Yu ni ialah buah Perah

Lagi satu nak rakamkan gambar² memang sangat cantik kat sini, rugi tau korang tak datang ke Hutan Lipur Lubuk Yu ni!




Haaa itu sajalah yang dapat Mas kongsikan, nanti bolehlah korang jalan² ke Maran bila cuti sekolah. Tak rugi tau sebab banyak tempat dan aktiviti menarik di sana. Jom cuti² ke Pahang! 

11 ulasan:

  1. ok next leh ke sini pulak..

    BalasPadam
  2. Bestnya Lubuk Yu, p tgk gajah kat lancang boleh p mandi manda sini juga

    BalasPadam
  3. Banyak juga lokasi kat sini.. Aduh best semuanya

    BalasPadam
  4. Macam menarik ja maran ni...

    BalasPadam
  5. Cantiknya gambar last tu, menarik jugak ni semua tempat

    BalasPadam
  6. Banyak jugak tempat scenery kat maran ea..Terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  7. Banyak jugak tempat2 scenery kat Maran ea...Nature lover's mesti suka.. Terima kasih atas perkongsian sis.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com